in ,

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

CINTA NIA MILIK SIAPA?

Drama bersiri Terlanjur Cinta kini di penghujungnya.Jika anda merupakan penonton setia, sudah tentu ternanti-nanti apakah penghujung drama ini.

Drama penuh konflik gandingan mantap pelakon hebat Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Marsha Milan, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan Zul Ariffin ini bakal menemui penghujungnya pada 7 Januari ini.

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

[dropcap]E[/dropcap]pisod akhir ini akhirnya akan memperlihatkan sisi jahat Amanda (Marsha Milan) yang tidak pernah ikhlas mencintai Fareth (Aqasha). Fareth ditimpa kemalangan dan akibatnya kedua belah kakinya lumpuh.

Sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi. Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka.

Fareth kesal kerana selama ini Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya.

Fareth menjadi murung dan mula menyesali semua kesilapannya terhadap Nia (Siti Saleha).

Tan Sri Firdaus (Ridzuan Hashim) terpaksa meminta pertolongan daripada Nia untuk menjaga Fareth buat sementara waktu sehingga semangat Fareth pulih seperti sedia kala.

Keputusan Nia dibantah keras oleh Azura kerana bagi Azura, Nia hanya dipergunakan untuk kepentingan Fareth sedangkan selama dia menjadi isteri Fareth, tidak pernah sekali pun Nia menerima layanan baik daripada keluarga Fareth.

Bagaimanapun, Amrin (Nazim Othman) yakin, niat Nia hanya ingin membantu Fareth dan dia akan tetap setia di sisi Nia untuk menyokong segala tindakan Nia. Layakkah Fareth untuk dicintai Nia atau mungkinkah Amrin yang dipilih Nia untuk menjadi pelindung diri dan anak yang bakal dilahirkannya? Segalanya hanya akan terjawab dalam episod akhir Terlanjur Cinta Isnin ini di Skrin Di 9 jam 8.30 malam hanya di TV9!

Jangan lupa tonton. Budiey pun nak tonton sebab nak tahu cinta Nia akan jadi milik siapa nanti. Korang rasa?

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Zarina Anjoulie Masuk Lokap Mengaku Tidak Bersalah

Yuna Pilih Aizat Amdan Bawa Lagu Terukir Di Bintang di AJL27