in ,

Drama Bersiri SATU CINTA Lakonan Dayana Roza & Azrel Ismail

Konflik hubungan yang dingin dirasai oleh seorang ibu bersama anak-anaknya yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Lantas dia menumpang kasih dengan orang gaji bersama anaknya yang mula dianggap seperti keluarga sendiri kerana sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

Seorang anak kandungnya yang juga seorang janda berasa cemburu dan iri hati dengan situasi tersebut dan melakukan pelbagai cara dan fitnah untuk memburukkan reputasi orang gaji tersebut dan anaknya.

Lahir bibit percintaan antara cucu lelakinya dengan anak perempuan orang gaji tersebut yang dihalang akibat perbezaan taraf hidup. Pelbagai cabaran dan dugaan berlaku di sepanjang kehidupan mereka dari zaman kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa.

Azrel Ismail dalam drama bersiri Satu Cinta di TV1

Drama Bersiri SATU CINTA Terbaharu Lakonan Dayana Roza dan Azrel Ismail Sepanjang Ramadan Ini di TV1

[dropcap]K[/dropcap]isah menarik ini melatari drama bersiri terbaharu bertajuk “Satu Cinta” yang menjadi tarikan penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan ini yang disiarkan mulai 10 Jun ini, setiap hari, pukul 7.00 malam menerusi TV1.

[pullquote align=”right”]Drama 30 episod arahan Jamal Khan dan terbitan JS Pictures ini menampilkan gandingan pelakon Dayana Roza, Azrel Ismail, Sasqia Dahuri, Hafeez Mikail, dan Fiza Abdul Halim.[/pullquote]

Ia mengisahkan Nek Yam yang tinggal serumah dengan anaknya, Zailan dan isterinya Yati juga anaknya, Faris dan Naina. Zila, anak perempuan Nek Yam seorang ibu tunggal tinggal berasingan dengan Nek Yam mempunyai anak iaitu Airin. Malang bagi Nek Yam apabila dua anak kandungnya itu seringkali mengabaikannya. Tinggallah dia menumpang kasih dengan orang gajinya, Fauziah dan anaknya Umairah. Hubungan mereka begitu rapat dan menimbulkan kemarahan Zila.

Masa berlalu Faris, Naina, Airin dan Umairah meningkat dewasa. Nek Yam berkenan mahu menjodohkan Faris dengan Umairah. Namun tindakannya ditentang keras oleh Zila dan Yati yang telah dihasut oleh iparnya itu. Mereka menganggap Umairah tidak setaraf dengan Faris berasal dari golongan berada. Nek Yam tidak peduli dan dia menyuruh Zailan mendaftarkan Umairah belajar di kolej yang sama dengan cucu-cucunya.

Umairah sering menjadi mangsa buli Zila dan Airin. Begitu juga ibunya Fauziah yang sentiasa menerima makian dan hinaan Zila dan Yati. Sebaliknya Zailan simpati dengan keduanya. Yati mula cemburukan Fauziah. Zila pula menyuruh Airin menggoda sepupunya Faris untuk mengaut harta Zailan. Pelbagai cara digunakan Airin namun cinta Faris hanya untuk Umairah.

Kematian Nek Yam membuatkan Zila dan Yati semakin galak mengerjakan Fauziah. Fauziah pula kecil hati dengan Umairah yang dianggap tidak mengikut cakapnya kerana masih berhubungan baik dengan Faris. Kehadiran Irfan yang menarik perhatian Naina digunakan Zila untuk merosakkan hubungan Umairah dan Faris. Namun hubungan keduanya tetap utuh apatahlagi ia amanat terakhir arwah Nek Yam supaya mereka berdua berkahwin.

Keadaan bertambah buruk bila terbongkar rahsia Umairah merupakan anak luar nikah Fauziah yang telah dirogol oleh bapa Irfan, Syed Karim yang merupakan bekas tunang Zila. Perkara itulah yang membuatkan Zila berdendam dengan Fauziah.

Cuba lari daripada situasi yang cukup tertekan, Fauziah dan Umairah berpindah daripada rumah tersebut. Mereka cuba memulakan kehidupan baharu. Faris cuba mencari Umairah namun usahanya sia-sia. Adakah kekuatan cinta mampu menyatukan kedua-duanya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Dayana Roza

drama bersiri Satu Cinta di TV1

Hafeez Mikail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Istimewa Tentang Koleksi POPhilosophy Hatta Dolmat

CYRILL HASSAN

Vlog GILA MAKAN Buffet Ramadan 2016 The Cinnamon Coffee House