in

Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly

Korang ada tak menonton drama Putera Katak. Sekarang citer ni dah nak habis dah. Macamana penamatnya? Puas hati dengan ending? Selepas Putera Kata, slot Lagenda akan diisi lagi dengan sebuah drama lagenda yang lain pula iaitu SAKTI DELIMA.

Sebuah lagi cerita klasik dihidangkan oleh TV3. Lihat pada trailer dan teasernya, drama ni nampak menarik juga. Budiey pasti ada yang terkesima dan terpukau nanti sebab kisah cerita ni pernah kita tonton kat TV sebelum ni. Cuma dari filem, ia dipanjang lagi dengan sentuhan yang lebih segar, lebih beremosi dan padat juga dengan aksi yang tidak boleh dilepaskan.

Pada jam 3 petang tadi, Budiey telah hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama bersiri Sakti Delima di Sri Pentas TV3. Drama ini akan disiarkan di slot Lagenda TV3 mulai 3 Januari 2011 setiap hari Isnin hingga Khamis.

Sakti Delima

Dihoskan oleh Hazrena Wanita Hari Ini

Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Engku Ismail, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim dan Yalal Murai.

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dengan hasil sentuhan kreatif dari pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.

Sakti Delima

Sheila Rusly turut berlakon.

Sakti Delima

Iqram Dinzly sebagai Nur Firdaus Kencana

Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. Kisah bermula dengan perihal Taib, seorang pengusaha chalet di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi, juga seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur. Siti Melur (lakonan Bienda) merupakan anak bongsu yang kerap dibuli kedua kakaknya hasil dari perkahwinan pertama Taib.

Taib sedih melihat kerenah Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan sahaja asyik bertelagah sesama sendiri malah mereka juga selalu membuli adik mereka Siti Melur.

Pada suatu malam, Siti Melur telah bermimpi berjumpa dengan almarhum ibunya, Nur Aisyah. Ibu Siti Melur telah memberitahu bahawa kalung di lehernya bergelar Sakti Delima, yang akan membawa tuah kepadanya pada masa akan datang. Dari mimpi-mimpinya barulah Siti Melur tahu akan perkara sebenar bahawa ibunya merupakan seorang bunian yang memilih untuk berkahwin dengan manusia, tanpa membocorkan rahsia ini.

Akan tetapi, Siti Melur dibenarkan untuk bertanya kepada ayah dan ayahnya mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Aisyah itu. Namun, dia tidak mahu bercerita panjang lebar lagi tentang isterinya itu kerana seakan terdapat kesedihan dan kekesalan di dalam nada suara Taib. Lalu, Siti Melur pun berhenti bertanya kerana tidak mahu ayahnya sedih.

Pada satu hari, Taib telah pergi mengikuti seorang temannya memburu ayam hutan. Pelik, Taib masih tidak pulang walaupun hari sudah malam. Siti Melur yang bimbang tentang keselamatan ayahnya telah keluar untuk mencarinya di dalam hutan walaupun dihalang oleh kakak-kakaknya. Nasib Siti Melur baik kerana dia tahu denai yang dilalui oleh ayahnya. Hatta, Siti Melur terkejut melihat ayahnya sedang tertiarap di atas tanah sambil dihempap batang pokok manakala rakannya pula telah meninggal dunia.

Tetapi, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri menawarkan diri untuk membantu Siti Melur. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Nur Firdaus Kencana (Iqram Dinzly), lelaki itu mengangkat pokok tersebut dari atas Taib. Kemudiannya dia menghantar Siti Melur bahawa dia mempunyai kalung yang sangat cantik dan sempat berjenaka bahawa loket delima tersebut mempunyai kuasa sakti. Siti Melur pelik kerana hanya ada dua orang sahaja yang tahu tentang kalung itu.

Antara cinta, khianat, cabaran dan janji, mampukah Siti Melur menerokai fantasi yang tersimpul bersama kalung sakti misteri kepunyaannya itu? Dan apakah jawapan di sebalik kemunculan Nur Firdaus Kencana yang mengetahui akan kedua-dua rahsia tersebut?

Saksikan tayangan drama bersiri SAKTI DELIMA yang menjanjikan anda seribu satu pengembaraan, bersiaran mulai 3 Januari 2011, pada jam 4.30 petang, hanya di slot Lagenda, di TV3.

Sakti Delima

Engku Ismail, kekasih Zarina membawa watak dan karakter yang perlukan banyak kesan solekan

Syed Nahar

Syed Nahar pelakon yang buat comeback. Dah 2 tahun tak berlakon.

Sakti Delima

Catriona Ross

Bienda

Catriona Ross

Iqram Dinzly

Syed Nahar

Syed Nahar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MyTV3 Day Out di Sunway Lagoon Sangat FUN

WARNER BROS. PICTURES GROUP EARNS TRIPLE CROWN FOR 2010