in ,

Drama Bersiri SAHABAT SUHABAT Lakonan Lisdawati

Adakah keperluan kewangan membuatkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram? Zehra Kifarah yang banyak memberikan pengajaran dan nilai-niai murni kepada masyarakat kali ini membawakan cerita Sahabat Subahat yang dibintangi oleh pelakon seperti Hairi Safwan, Shukri Yahaya, Lisdawati dan Jay Iswazir.

Zehra Kifarah kali ini mengisahkan dua orang sahabat baik, Zaki dan Budiman yang mempunyai perwatakan berbeza. Zaki menjadikan kerja penyeludupan barang sebagai sumber mata pencariannya, berbeza dengan Budiman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang. Zaki yang merahsiakan pekerjaanya yang sebenar turut menipu teman baiknya Budiman dan mengaku yang dia adalah seorang usahawan.

Pada suatu hari, Budiman terdesak dan memerlukan wang untuk membeli rumah baru. Dia telah meminta pertolongan dari Zaki. Zaki sedia menghulurkan bantuan dengan meletakkan syarat bahawa Budiman perlu membantunya dengan melakukan kerja penyeludupan. Walau bagaimanapun Budiman enggan melakukan pekerjaan tersebut walaupun dia memerlukan bantuan kewangan dan akhirnya Budiman dan Zaki bergaduh di kilang tersebut.

Dalam pergaduhan itu Zaki terlibat dalam kemalangan. Adakah kemalangan dan kecelakaan yang menimpa diri Zaki ini dapat menyedarkan Zaki dan kembali bertaubat? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini teruskan menonton Sahabat Suhabat, 5 Disember, menerusi slot Zehra Kifarah yang bersiaran setiap Jumaat pada jam 9.00 malam hanya di TV3.

Kifarah 2 - Sahabat &Amp; Subahat Still Photo 04 (1280X720)

Kifarah 2 - Sahabat &Amp; Subahat Still Photo 27 (1280X720)

Kifarah 2 - Sahabat &Amp; Subahat Still Photo 52 (1280X720)

Kifarah 2 - Sahabat &Amp; Subahat Still Photo 57 (1280X720)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Hamidun | 23

Ini Yang Berlaku di Sidang Media Anugerah Nasyid IKIM FM di PICC Putrajaya

Lady Gaga Pernah Dirogol di Zaman Remaja