in

Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila

Baru-baru ini, bertempat di Restoran Saloma Bistro telah diadakan satu majlis pelancaran drama bersiri Kisah Kaisara terbitan syarikat Ace Motion Sdn. Bhd. Mempertaruhkan bakat dari pelakon yang baru iaitu Wan Sharmila, Sari Yanti, Elliza dan Nabila Nur Naquiyah, drama ini mungkin dapat menarik minat pengemar drama dengan sedikit kelainan. Kisah Kaisara mengisahkan tentang remaja sekolah yang mudah terjebak di alam percintaan dan masalah pergaulan sesama mereka yang boleh mencetuskan pelbagai konflik.

Drama 13 episod yang disiarkan menerusi TV3 setiap Selasa pukul 10 malam sejak 30 Oktober lalu itu membariskan pelakon baru seperti Nabila Nur Naquiyah, Suhairil Sunari, Farid Irwan Baharin, Wan Sharmila Wan Muhamed, Elliza Abdul Razak dan Sari Yanti Mohamad Nazari.

Niat produksi sememangnya mahu mengetengahkan pelakon baru dengan menampilkan kelainan gaya lakonan supaya ia tidak sama dengan drama-drama bersiri TV yang lain. Contohnya, kalau menggunakan pelakon sitkom Puteri berlakon dalam Kisah Kaisara, tentulah ia nampak sama dan kurang menarik. Walaupun ramai pelakon baru dalam drama bersiri ini, tetapi mereka cukup berbakat. Cuma mereka mungkin kurang mendapat pendedahan dalam bidang lakonan.

Cabaran utama mengarahkan drama tv3 ini ialah bagaimana untuk memastikan agar para pelakon dapat melakonkan watak pelajar sekolah dengan berkesan dan bagaimana untuk menyesuaikan karakter watak-watak yang dilakonkan oleh para pelakon terbabit. Ini kerana kebanyakan watak yang dilakonkan oleh mereka merupakan remaja sekolah menengah yang berusia belasan tahun. Sedangkan para pelakon yang membintangi drama bersiri tajaan Kotex itu pula kebanyakannya sudah pun berusia 20 tahun ke atas. Cabaran lain ialah bagaimana untuk menarik para penonton menonton drama bersiri ini. Penonton sasaran untuk drama bersiri ini adalah remaja yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun.

Pelakon Sari Yanti yang diluarnya tidak bertudung melakonkan watak utama sebagai Kaisara berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak itu biarpun terpaksa bertudung. Watak yang Sari Yanti lakonkan itu merupakan seorang pelajar yang baik kerana dia suka memberi nasihat kepada kawan-kawannya.

Sudah menonton drama bersiri ini? Apa kata anda?

[tags]Nyon, drama bersiri Kisah Kaisara, Restoran Saloma Bistro, elliza, gambar pelakon kisah kaisara, sinopsis kisah kaisara tv3, youtube video kisah kaisara drama, foto pelakon drama kisah kaisara, gambar wan sharmilla, gambar sari yanti, gossip pelakon drama, gossp linda onn, oh lelaki astro, penyampai radio yang tak pakai coli, deejay radio tersasul sebut sheikh muzaffar[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kajian Filem Drama Melayu, Chinese dan India atau Hindustan

Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5