in ,

Sukalah Tengok Cinta Matang dalam Drama Bersiri HINGGA AKHIR NANTI Ni

Lari daripada kebiasaan drama bersiri Melayu yang banyak menonjolkan kisah cinta golongan muda, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawa kelainan dengan berkongsi kisah cinta sejati golongan yang berusia di pertemukan kembali jodoh mereka setelah bertahun terpisah. Kesetiaan si lelaki yang sanggup membujang semata-mata kecewa dengan kekasihnya yang dijodohkan dengan orang lain berakhir dengan kegembiraan bila ternyata ada jodoh di antara mereka meskipun terpaksa menunggu agak lama.

Kisah kematangan cinta ini ditonjolkan dalam drama bersiri bertajuk “Hingga Akhir Nanti” yang menampilkan gandingan pelakon utama Zamarul Hisham, Wan Nor Azlin dan Sherry Ibrahim. 13 episod drama ini bakal menemui penonton bermula 2 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.

Zamarul Hisham.. Watak Utama

Cinta Matang Dalam Drama Bersiri HINGGA AKHIR NANTI Di TV1

Mengisahkan Shahriman, warga emas yang berkarisma pulang ke tanah air kerana menunaikan janji terhadap anak saudaranya Firdaus yang berjaya membuka syarikat arkitek. Shariman membawa diri tinggal di luar negara kerana kecewa dalam percintaan.

Selama 35 tahun tinggal di luar negara, pintu hati Shariman tidak terbuka untuk pulang ke tanah air sehinggalah Firdaus berjaya membuktikan kewibawaannya. Kepulangan Shariman amat dinantikan kerana Shariman seorang bapa saudara yang pakar dalam bidang arkitek. Firdaus sanggup menyediakan sebuah bilik khas agar Shariman dapat menjadi penasihat kepada syarikatnya dengan harapan Shariman tidak akan pulang semula ke luar negara.

Shariman memperkenalkan Firdaus dengan kawan baiknya Hisyam. Hisyam pernah mempelawa Shariman membuka syarikat bersama namun Shariman menolak untuk pergi bekerja ke luar negara.

Hisyam mempunyai seorang anak gadis bernama Maira. Maira merupakan rakan sekolah Firdaus. Semasa zaman persekolahan, Firdaus suka dengan Maira namun hingga ke saat ini Firdaus masih takut untuk meluahkan perasaannya. Firdaus berharap agar Shariman dapat membantunya merapatkan hubungannya dengan Maira. Sementara itu Suraya, adik Shariman mempunyai perancangan sendiri untuk menjodohkan Shariman dengan kawan baiknya Munirah. Munirah telah lama menaruh hati terhadap Shariman namun Shariman hanya menanggap Munirah sebagai adik.

Maira bekerja sebagai doktor di sebuah hospital sakit jiwa. Semasa Shariman pergi ke tempat kerja Maira berlaku satu perkara yang tidak dijangka. Persoalan mengapa Shariman masih tidak mendirikan rumah tangga terjawab apabila muncul Jasmin, kekasih lama Shariman yang tinggal di hospital sakit jiwa kerana tekanan perasaan.

Jasmin berkahwin dengan Zaki atas kehendak keluarga. Jasmin terlalu mencintai Shariman, namun Shariman tidak mampu mempertahankan cintanya. Shariman terasa amat kecewa selepas kehilangan Jasmin. Hidup Jasmin pula tertekan selepas berumah tangga dengan Zaki. Zaki seorang suami yang panas baran dan menganggap Jasmin tidak boleh menerimnya sebagai suami. Bertahun-tahun Zaki menyeksa hidup Jasmin sehinggalah Zaki menceraikan Jasmin.

Shariman mula di himpit rasa bersalah apabila mengetahui kesengsaraan hidup Jasmin kerana mencintainya. Maira berjanji membantu Sahriman untuk memulihkan Jasmin. Hubungan Firdaus dengan Maira semakin rapat. Mereka kagum dengan percintaan di antara Shariman dengan Jasmin. Shariman juga tidak jemu untuk membantu memulihkan Jasmin.

Zaki mula risau apabila melihat kemunculan Shariman. Zaki ikuti perkembangan Jasmin dalam diam. Perasaan dendam Zaki terhadap Jasmin memuncak apabila Zaki cuba memberi tekanan semula kepada Jasmin. Pertengkaran yang tidak dijangka menyebabkan Jasmin terjatuh dan kepala Jasmin terhentak. Jasmin tidak sedarkan diri.

Shariman merayu kepada Zaki jangan ganggu lagi hidup Jasmin. Berilah peluang untuk Jasmin merasa kebahagiaan. Zaki mula sedar akan perbuatannya. Shariman setia di sisi Jasmin sehinggalah Jasmin sedar. Munirah yang terlalu mengharapkan cinta dari Shariman mula sedar apabila melihat Shariman masih mencintai bekas kekasihnya. Perasaan pilu mula terasa apabila Jasmin memanggil nama Shariman. Jasmin pulih dari tekanan perasaan.

Firdaus berjaya meluahkan perasaannya untuk menjadikan Maira sebagai isteri. Selepas Jasmin pulih Shariman melamar Jasmin untuk menjadikan Jasmin sebagai isteri. Jasmin menolak lamaran Sahriman kerana merasakan dirinya sudah tua untuk berumah tangga.

Majlis perkahwinan Firdaus dengan Maira berlangsung mengikut perancangan. Sebelum pernikahan Firdaus, Firdaus dan Maira sempat bertemu Jasmin dan berharap Jasmin dapat menerima Shariman. Shariman terlalu berharap agar Jasmin dapat menerimanya. Adakah jodoh sebenar milik mereka?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIRASIA X Kini Dah Boleh Terbang Ke Amerika Syarikat

Anugerah Juara Lagu 31 Berjaya Raih 6 Juta Penonton