in ,

Drama Bersiri Cinta Itu Milikku

Menyusuli drama “JULIA”, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama dramatik, CINTA ITU MILIKKU lakonan hebat Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai lagi mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe (pengarah Vanila Coklat).

Mengisahkan tentang keluarga Tan Sri Yunus yang mewah dengan kekayaan namun dek kerana sebuah kuasa membuatkan keluarga besar itu berpecah belah. Pelbagai pergolakkan dan konspirasi telah berlaku di kalangan ahli keluarga Tan Sri Yunus.

Sikap hasad dengki semakin berleluasa apabila cucu kepada Tan Sri Yunus, Rania berkahwin dengan lelaki biasa, Zakril dan Zakril telah diberikan jawatan penting di dalam syarikat Tan Sri Yunus. Disebabkan ketidak puas hati mereka, rahsia Zakril telah terbongkar di mana dia pernah bertunang sebelum berkahwin dengan Rania.

Apakah akan berlaku seterusnya? Mampukah Tan Sri Yunus menyatukan keluarganya kembali? Adakah kehadiran Zakril akan memusnahkan empayar perniagaan Tan Sri Yunus?

Jangan lupa tonton ya.

Drama Bersiri Cinta Itu Milikku

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Surat Kecil Untuk Tuhan

THE X FACTOR Conference Call with Simon Cowell