Drama Bersiri Ayyad Lakonan Mas AF, Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman

TEROKAI DUNIA IMAGINASI KANAK-KANAK DALAM
SIRI BARU “AYYAD” DI TV3

TV3 sentiasa prihatin dalam memberikan hanya yang terbaik untuk penonton setianya. Dengan sasaran penonton dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur, TV3 tidak jemu-jemu mencari formula untuk memenuhi kehendak setiap penonton melalui setiap slotnya. Kini, TV3 telah menyediakan satu lagi siri baru dengan misi merapatkan jurang kominkasi dan  emosi khususnya untuk ibubapa supaya lebih memahami dunia kanak-kanak.

2537788678 5F07B507Dd | 4

“Ayyad” merupakan satu lagi santapan terbaru untuk penonton setianya terutama kanak-kanak dan seisi keluarga. Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan merupakan hasil sutradara pengarah yang tidak asing lagi iaitu Fairuz Loy. Bertemakan kekeluargaan, siri setengah jam ini akan menemui penonton TV3 setiap hari Isnin, jam 7.30 malam mulai 2 Jun 2008. Ia dibintangi oleh pelakon cilik Ahmad Ezzrin Loy yang memegang watak Ayyad disamping pelakon-pelakon handalan tanah air yang lain seperti Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman, Mohamad Yadiy Ahmad Taufek, Erin Malek, Mas, Rusyaidi Razin dan Cat Farish.

Menurut Penerbit Eksekutif, Jalena Rejab berkata, “Drama Ayyad ini merupakan kisah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang mempunyai cara yang tersendiri mentafsirkan apa yang berada di sekelilingnya. Penonton akan dapat melihat dunia dari perspektif kanak-kanak dan menyaksikan telatahnya yang mencuit hati dalam menyelesaikan masalah di sekelilingnya dengan caranya yang tersendiri. Ayyad merupakan seorang kanak-kanak yang cerdik tetapi kuat berimaginasi dan apa yang menariknya dalam siri ini, penonton dapat melihat imaginasi Ayyad dalam bentuk animasi. Siri ini juga secara tidak langsung akan memberi peluang kepada orang dewasa mengembara dan mempelajari dunia kanak-kanak.”

2537788840 1Ce115D7B0 | 5

Rozita Che Wan sebagai ibu

SINOPSIS DRAMA AYYAD
Antara kisah yang akan dihadapi Ayyad dalam siri Ayyad ini ialah kedatangan kawan baru, Sazali atau Zali merupakan seorang kanak-kanak pendiam dan pemalu berusia 9 tahun yang baru berpindah ke taman perumahan tersebut. Ayyad yang bersikap ramah memperkenalkan dirinya kepada Zali dan mereka menjadi mesra dalam sekelip mata. Selain itu Ayyad mula mengenal erti setia tidak kira apa cabaran yang perlu beliau hadapi apabila beliau cuba mempertahankan Zali yang dibuli oleh budak-budak nakal. Namun, dia yang bertubuh kecil itu terpaksa mengalah dan meminta pertolongan dari orang gajinya yang dianggap wira. Sepanjang 13 episod ini, pelbagai  persoalan dan tanda tanya wujud dalam fikiran Ayyad setiap kali dia berhadapan dengan masalah. Antaranya kejadian di mana adiknya merajuk dengan pembantu rumahnya serta pertengkaran antara ibu dan ayahnya. Mesej yang positif dipamerkan dalam setiap episod kerana ibubapa bertanggungjawab memberikan nilai-nilai terbaik kepada anak-anak yang belum matang.

Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Ayyad dalam mempelajari erti kehidupan? Bagaimana pula dia mengatasi segala yang berada di hadapannya? Mampukah keluarganya melayan karenah serta imaginasi Ayyad? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan kisah mencuit hati dalam “Ayyad” setiap Isnin, jam 7.30 malam, hanya di TV3!

2536972589 E67C7C0E66 | 6

Erin Malek. Comelnya….

2536972413 96Fe922E70 | 7

Masih vogue! Mama Hot! Solo Berhias Paling Cun!

2536972969 91Aed964Ea | 8

Mas AF. Apa jadi dengan dagunya. You’re still HOT!

2537790044 302A9744Df | 9

Azhar Sulaiman. Papa Macho dan Matang

2537790438 82B37B5Ba3 | 10

Pelakon cilik Ahmad Ezzrin Loy sebagai Ayyad (kanan)

 [tags]drama ayyad, programme children, program kanak-kanak, Grand Brilliance Sdn. Bhd, Fairuz Loy, Ahmad Ezzrin Loy, Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman, Mohamad Yadiy Ahmad Taufek, Errin Malek, Mas, Rusyaidi Razin, Cat Farish, alex ferguson, arsenal, arsenal malaysia, champion league, chelsea fc, cj7, cristiano ronald, didier drogba, john terry, jorge mendes, man utd, manchester united, old trafford, paul scholl nose, peter cech, real madrid, ryan giggs, season summary, team performance[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Interview With J.A BAYONA director THE ORPHANAGE

AFCM ROBOTtip 2008 Bersama ADAM