in ,

Drama Bersiri Anakku Bukan Anakku di Slot Asian Potpurri

“ANAKKU BUKAN ANAKKU”
Anak yang dikandung tidak dikendong

Cinta Berkalang Noda dan Harga Diri adalah drama-drama bersiri Indonesia yang popular melalui slot Asian Potpourri yang diperkenalkan oleh TV3 bermula pada tahun 2005. Peka terhadap permintaan masyarakat Malaysia yang mula menjurus minat terhadap drama-drama dari seberang, TV3 mengambil inisiatif untuk memperkenalkan slot Sinetron dengan drama bersirinya yang pertama berjudul Bawang Merah Bawang Putih (BMBP) pada tahun 2006.

Slot Sinteron mula menembusi tontonan yang tinggi sejak BMBP ditayangkan dengan pencapaian jumlah penonton sebanyak 3 juta. Pada kemuncak episod terakhir, ia berjaya mendapat 3.68 juta penonton. Setelah BPBM, Sinetron meneruskan tayangan drama-drama bermutu yang lain seperti Ratapan Anak Tiri, Bukan Cinderella dan Liontin.

Terbaru, TV3 memperkenalkan sebuah lagi drama bersiri yang popular di Indonesia berjudul Anakku Bukan Anakku dan pastinya bakal memikat hati penggemar drama dari seberang. Ia dibintangi oleh barisan pelakon yang sedang melonjak naik di Indonesia iaitu Nabila Syakieb, Roger Danuarta, Raya Kohandi, Krisna Mukti, Raslina Rasidin dan Eng Saptahadi. Malah menerusi drama ini juga berjaya mempopularkan teraju utama iaitu Nabila yang memegang watak Tatia sementara Raya pula mendukung watak sebagai Adel.

Drama hebat ini merupakan hasil arahan daripada Salim Tariq dan Key Mangunsong. Drama bersiri sebanyak 65 episod ini akan mula menemui penonton setia Sinetron bermula pada 29 Mei 2008, jam 2.30 petang, setiap Isnin hingga Khamis.

“Pihak TV3 sentiasa mengkaji drama-drama yang bermutu untuk tontonan semua kerana matlamat penting adalah memenuhi citarasa penonton di samping memberikan moral yang dapat dijadikan pengajaran. Setakat ini, slot Sinetron mempunyai pengikut setianya tersendiri terutama golongan suri rumah yang menghabiskan waktu rehat petang mereka dengan menonton TV3,” ulas Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.

SINOPSIS SINETRON
Kisah menarik ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri bernama Bayu dan Rona yang hidup miskin dan sentiasa diuji. Kehidupan Bayu bertambah pahit apabila dia terpaksa diberhentikan kerja ketika isterinya sarat mengandung. Hatinya bertambah remuk apabila dia tidak mampu membiayai perbelanjaan hospital untuk merawat isterinya yang sedang sarat.

Bayu tekad menukar nasib keturunannya agar anaknya itu dapat menikmati hidup bahagia tanpa derita seperti yang ditanggungnya. Bayu menukar bayinya yang bernama Adel dengan bayi milik jirannya pasangan Nico dan Vivian bernama Tatia. Bayu tergamak melakukan perkara keji ini kepada jirannya yang kaya dan baik hati itu.

16 tahun telah berlalu, Adel dan Tatia telah membesar sebagai remaja yang cantik dan berpendidikan . Walaupun menjalani kehidupan bukan dengan ibu bapa masing-masing, Adel telah mewarisi sifat-sifat buruk ibu bapanya dan Tatia pula mewarisi sifat terpuji bapanya. Sementara Adel hidup dalam kemewahan, kesucian hati Tatia pula sering diuji.

Dapatkah Tatia mengenali keluarganya yang sebenar dan berpeluang untuk hidup bahagia? Apakah pula kesudahan nasib Bayu setelah melakukan banyak angkara buruk terhadap orang yang tidak bersalah? Drama bersiri yang penuh dengan kisah suka dan duka, nantikan siaran Anakku Bukan Anakku melalui slot Sinetron di TV3! Pastinya petang anda akan menjadi lebih ceria!

[tags]sinetron, drama indonesia, salim tariq, Key Mangunsong, bawang putih bawang merah, nurul aini, malay mail, mstar online, awek ghairah, azwan ali digam, utusan melaysia, akhbar jawi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya Lakonan Musly Liza Hanim

PROFILE AMY MASTURA