in ,

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Sinopsis episode 10 drama bersiri Ammara Batrisya

[dropcap]K[/dropcap]eadaan Ibu Batrisya semakin pulih dan doktor telah membenarkannya untuk pulang ke rumah. Reza tersedar keesokan harinya tanpa mengetahui Ammara telah memasukkan ubat tidur ke dalam minumannya. Ammara berpura-pura seperti mereka telah melakukan ‘sesuatu’ malam itu dan turut menyediakan sarapan pagi untuk Reza seperti seorang isteri. Hari ini merupakan hari penting buat Reza kerana dia perlu membentangkan kertas kerja untuk mendapatkan tender penting buat syarikatnya. Tetapi malangnya, kertas kerja yang telah disimpannya di dalam computer ribanya telah hilang. Mereka telah kehilangan projek besar yang menawarkan keuntungan berjuta ringgit kerana itu. Reza yang dalam kemarahan menuduh Rayyan sengaja mensabotaj kerjanya kerana hanya Rayyan yang tahu password komputer ribanya itu. Setelah mengetahui Marlia telah pulang ke rumah, Ammara segera ke rumah Marlia untuk melihat keadaannya. Marlia menjadi takut apabila melihat Ammara dan terus meracau supaya Ammara tidak mendekatinya. Ammara kembali ke rumah Marlia apabila menghantar Batrisya pulang ke rumah. Kali ini dia telah mendedahkan siapa dirinya yang sebenar ke pada Marlia. Ammara kembali mengimbau kenangan pahit di zaman kecilnya akibat perbuatan Marlia yang merampas bapanya daripada ibunya.

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Umum Pemenang Peraduan AirAsia Memories

Review Hotel Grand Lapa Macau