in ,

Drama Amukan Pocong

Selepas drama Santau Merasuk menutup tirai, nantikan pula kemunculan drama bersiri terbaru slot SERAM, AMUKAN POCONG terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2012, setiap hari Khamis jam 9.30 malam, di TV3.

Drama yang penuh dengan aksi suspen & sungguh seram ini mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini? Haaa, untuk mengetahui penamat cerita ini, kenalah tonton drama ni dari awal cerita ya.

“AMUKAN POCONG” menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Elly Mazlin, Nabila Huda, Neelofa, Namron, Sharifah Sakinah, Izara Aisyah, Siti Elizad, Faralyna Idris dan ramai lagi.


Pelakon Gemilang

Azhanrani

Fouziah Gous Iqram Dinzly

Iqram Dinzly

Nabila Huda

Nabila Huda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Muzik Festival Melayu Singapura

Big Global Loyalty Programme Launched In Thailand