in ,

Drama Ahmad Albob Yang Punya di Slot Lagenda

Kisah Lucu Ahmad Albob Mencari Calon Isteri

Menyusuli drama “Mata Ayer” di slot Lagenda, “Ahmad Albob Yang Punya” bakal mencuri perhatian para penonton TV3 dengan kisah lucu Ahmad Albob mencari bakal isteri mulai 16 Mei 2011 jam 4.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Berlainan dengan siri drama yang mengisahkan cerita lagenda dan mistik sebelum ini, Ahmad Albob Yang Punya merupakan sebuah siri drama komedi yang menyedarkan seseorang yang takbur.

Siri drama Ahmad Albob Yang Punya terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh sutradara Ismail Yaacob telah membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Danny X Factor, Allana Amir, Norshuhaida (Dottie), Hanez Suraya, Sheera Iskandar, Ezzendy, Ropie Cecupak, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Ahmad Albob Yang Punya.1

Ahmad Albob (Danny X Factor), anak kepada jutawan Tuan Syawal (Ropie Cecupak) dan Puan Mastura (Liza Abdullah) rajin menolong ayahnya menguruskan penternakan lembu dan kambing serta ladang pisang montel. Walaupun Ahmad Albob bakal mewarisi harta Tuan Syawal, dia tetap merendah diri dan tidak pandai bergaya. Malah, sikapnya yang lurus bendul dan selekeh menjadikannya seorang yang tidak popular di kolej. Ahmad Albob hanya mempunyai Hussin (Ezzendy), pekerja di ladang ayahnya sebagai kawan.

Tuan Syawal bercadang mencari calon isteri untuk Ahmad Albob. Mastura mencadangkan kepada suaminya supaya memilih salah seorang anak saudara mereka iaitu Siti Zulhijjah atau Siti Zulkaedah. Safar (Roy Azman) dan Muharram (Asrul Raja Lawak) mula berangan-angan untuk hidup senang-lenang sekiranya anak mereka dipilih untuk menjadi isteri Ahmad Albob.

Siti Zulhijjah (Hanez Suraya) dan Siti Zulkaedah (Sheera Iskandar) pula tidak menyukai Ahmad Albob yang tidak pandai bergaya. Mereka hanya berminat dengan kekayaannya. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah selalu membuli Ayu Raihana (Allana Amir) dan mahu mempergunakannya untuk mencari kesempatan ke atas Ahmad Albob. Tanpa dijangka Ahmad Albob tertarik dengan Ayu Raihana walaupun dia seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Ayu Raihana juga menyenangi sikap Ahmad Albob yang tidak memandang rendah kepadanya tanpa mengetahui latar belakang keluarga Ahmad yang kaya raya.

Puteri Jun Jun Atun (Dottie) yang merindui Ahmad Albob telah turun ke bumi untuk mencarinya namun dia terpaksa akur dengan syarat ayahnya bahawa manusia dengan jin tidak boleh bersatu. Maka, Puteri Jun Jun Atun mahu memastikan Ahmad Albob mendapat calon isteri yang benar-benar ikhlas mencintainya dan bukan hanya mahukan harta bendanya.

Dengan bantuan Puteri Jun Jun Atun, Ahmad Albob telah bertukar menjadi seorang usahawan yang tampan dan berkarisma. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah mula menyesal kerana pernah menolak lamaran Ahmad Albob. Kini, mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Ahmad Albob dan menganggap Ayu Raihani sebagai penghalang. Ahmad Albob pula mengenakan syarat kepada sepupunya bahawa mereka perlu bermadu sekiranya bersetuju untuk mengahwininya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pilihan hati Ahmad Albob? Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama “Ahmad Albob Yang Punya” yang mencuit hati di slot Lagenda, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang mulai 16 Mei 2011.

Danny x Factor sebagai Ahmad Albob.1

Danny x Factor sebagai Ahmad Albob

Allana Amir sebagai Ayu Raihana

Allana Amir sebagai Ayu Raihana

Hanez Suraya & Sheera Iskandar Berebut Cinta Ahmad Albob

Hanez Suraya & Sheera Iskandar Berebut Cinta Ahmad Albob

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suami Terbaca SMS ‘Sayang’ dalam Telefon Saida

Chit Chat Dengan Lee DeWyze Secara LIVE di Gua Star Chat!