in ,

Dr Ustaz Rozaimi Tampil Bersuara, Ini Permintaan Beliau Kepada Ebit Lew

Berikut pendangan dari Dr Ustaz Rozaimi

“Sewaktu pengurusan Glokal Ihsan mahu membuat kutipan untuk Gaza dan meminta nasihat saya, saya beritahu mereka untuk bekerjasama dengan Nadir al-Nuri kerana beliau berada di sana dan lebih tahu tentang selok-belok protokol di sana. Ini penting supaya bantuan yang ingin disampaikan tidak terkandas dan jadi pembaziran pula sedangkan kutipan dana adalah amanah umat Islam kepada kita untuk disampaikan. Bak kata orang rumah orang ada pintunya, teratak orang ada tangganya.

Sepanjang urusan dengan saudara Nadir, saya melihat keikhlasan beliau untuk membantu kami memyalurkan dana ke Gaza. Maka urusan kami dipermudahkan, alhamdulillah.

Kali ini saudara Nadir menulis panjang tentang UEL dan team beliau. Tulisan beliau banyak manfaat dan pengajaran yang NGO di Malaysia boleh ambil.

Cuma satu perkara yang bagi saya menjadi tanggungjawab UEL untuk respon ialah butiran kutipan perbelanjaan NGO beliau. Jika ia sumbangan orang ramai maka selayaknya orang awam berhak untuk tahu terutamanya kontena bantuan yang didakwa tersangkut di Mesir.

Ia bukan untuk menjatuhkan UEL bahkan ia menambahkan lagi kredibiliti UEL dalam menguruskan dana. Saya sangat mengharapkan UEL dan team beliau boleh bentangkan butiran tersebut.

Bagi saudara Nadir, saya ucapkan:

Teruskan berbakti dan membantu saudara kita di Palestin. Allah sayang anda.

Dr Rozaimi Ramle

Dr Ustaz Rozaimi Tampil Bersuara, Ini Permintaan Beliau Kepada Ebit Lew

Nadir Persoal Ebit Lew Masuk Gaza Bayar Syarikat Hala

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew digesa untuk memberi penjelasan mengenai kaedah digunakannya untuk memasuki Gaza, Palestin baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin.

Dia berkata, dalam tempoh sekitar lapan tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles.

“Jumlah maksimum mungkin 200 hingga 300 orang sahaja dapat masuk setahun. Kaedah ini telah diamalkan oleh semua NGO yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.

“Kenapa kaedah pasukan EL (Ebit Lew) memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi,” katanya

Muhammad Nadir berkata, tindakan menggunakan khidmat syarikat itu dibuat hasil daripada desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama dengan Mesir.

Katanya, ia bagi membolehkan pasukan Ebit memasuk ke Gaza tanpa mengira berapa pun kos yang perlu dibayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk. Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza.

“Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya iaitu $1200 (RM5,090.40) seorang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza,” katanya.

Menurutnya, dengan bayaran tersebut, pembayar akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ bagi merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari untuk dilalui.

“Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya,” katanya.

Muhammad Nadir mempersoalkan sama ada pihak Ebit bersedia memberi penerangan menganai ratusan ribu ringgit yang dibayar ke syarikat Hala bagi tujuan seperti penginapan dan barangan sumbangan dibeli untuk agihan.

“Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini.

“Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muhyiddin Yassin | 19

Bulan Ogos lni Kerajaan Akan Masukkan RM200 Untuk Bujang & Yang Berkahwin Ini Jumlahnya

Erra Fazira Covid Trending | 20

Aplikasi KitaJaga.Co Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna iPhone