in , ,

Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin

Siapa sangka pengamal media sosial terkenal yang juga pengacara, Dr Say Shazril kini bergelar pelakon setelah muncul dalam drama pertama nya berjudul Kebaya Kasut Kanvas.

Siapa sangka pengamal media sosial terkenal yang juga pengacara, Dr Say Shazril kini bergelar pelakon setelah muncul dalam drama pertama nya berjudul Kebaya Kasut Kanvas.

Bergandingan Bersama Pelakon Popular

Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin
Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin

Topik : Salam Awal Muharram Peeps

Alang2 korang cuti arini apa kata pukul 6 ni kite dating kat TV3? Support sikit penampilan terunggul sy dalam dunia drama. Selalu iklan & TV show apa salahnya sy cuba dunia baru sekali sekala walaupun pegang watak doktor kan? Takmo sembang panjang pukul 6 pastikan depan TV k peeps?

Difahamkan menerusi drama itu, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril bin Shaharuddin memegang watak sebagai Dr Zuki bergandingan bersama pelakon dan penyanyi, Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Mona Allen. Teruja berkongsi khabar gembira tersebut, Dr Say turut berkongsi pengalamannya ketika kali pertama menyatakan peluang dan keinginannya kepada keluarga untuk terbabit secara langsung dalam bidang lakonan.

Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin
Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin

Kongsi Pengalaman

Topik : Pengalaman Berlakon Drama

Sememangnya TERBAIK! Yg membezakan drama dengan iklan is drama suuuper chill. Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi sy gelar “I YOU” sebab sy biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya. Pastu sy ingat artis2 ni jenis tak sembang dengan orang macam sy. Sy anak ikan ja peeps, @fahrinahmad_fa @nabila.razali @mona.allen ni sume bapak & mak ikan tapi depa layan sy seadanya.

Fahrin siap btau sy yg in life kena pelbagaikan bakat yg kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting & ada bisnes sendiri. Bella pulak btau sy yg in life kita kena grab opportunity yg datang sebab opportunity comes once in a lifetime & tengoklah di mana dia berada sekarang. Sambung cerita semalam, salah satu sebab sy tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah sy memikirkan impression others terhadap sy.

Yelah “Belajar tinggi2 tuptap end up berlakon. Apo cito?” At least itu ape yg parents sy bisingkan bila sy cerita hasrat sy nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” & “what’s wrong with doktor berlakon?”. Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain? Ape2 pun it was a good 1st experience for me. Bersyukur sesangat ditemukan dengan production house yg sporting & well organized yakni Orange Tree. Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran yg banyak berkongsi tips dengan sy.

Dedah Dr Say, pada mula kedua kedua-dua ibu dan bapa serta isterinya mempertikaikan keputusannya untuk menceburi bidang lakonan kerana bimbang akan tanggapan orang ramai apatah lagi dia mempunyai kelulusan sebagai seorang doktor.

“Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan tanggapan orang terhadap saya.

“Iyalah ‘belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito?’. 

Sekurang-kurangnya itu apa yang ibu dan bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon”

– Dr Say

Namun setelah memikirkan peluang yang ada serta mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan artis, pengacara My Doktor meneruskan niatnya serta turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat tunjuk ajar dan sokongan daripada pihak produksi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!

Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen