in ,

Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Membuka Jiwa, Menyentuh Nurani: Cerita Dr. Faridhil Athrash Bin Sallehan Tentang Perjuangan Menormalisasikan Kesihatan Mental Di Kalangan Masyarakat

“You are valuable.” — itulah mesej keramat yang dipegang teguh oleh Dr. Faridhil Athrash bin Sallehan, atau lebih dikenali sebagai Dr. Athrash, seorang doktor perubatan dan juga advokat kesihatan mental yang kini menerajui Pusat Psikologi dan Latihan ATMA.

Dalam dunia yang serba pantas ini, apa yang Budiey amati, beliau tampil dengan pendekatan yang luar biasa: mendengar dengan empati, bukan sekadar memberi arahan. Ia bukan sekadar tugas perubatan, tapi misi kemanusiaan.

Dari Klinik Kesihatan Ke TikTok: Inspirasi Bermula Dari Luka Terpendam

Segalanya bermula apabila ahli keluarga terdekat Dr. Athrash didiagnosis dengan kemurungan. Ketika itu, ramai yang memilih untuk menjauh. Tapi beliau memilih jalan berbeza — untuk faham, belajar dan bantu.

Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Bermula dari situ, dunia kesihatan mental menjadi teras perjuangannya. Beliau kemudian dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab penuh terhadap unit kesihatan mental di klinik kesihatan, yang memberinya lebih banyak pendedahan terhadap pelbagai kes dari akar umbi.

“Masa tu saya mula belajar banyak tentang mental health. Bila saya sendiri yang kendalikan kes-kes ini, saya sedar betapa ramai orang di luar sana sebenarnya menanggung derita senyap-senyap.”

– Dr. Faridhil Athrash

Kini, beliau meluaskan pendekatannya ke alam digital – TikTok dan Instagram menjadi pentas utama. Setiap malam, ribuan orang menunggu siaran langsungnya, bukan untuk hiburan murahan, tapi untuk berasa difahami.

Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Kandungan Sosial Media Yang Realistik & Relevan

Konten yang diketengahkan menyentuh topik-topik umum dan kompleks seperti anxiety, depression, bipolar disorder, schizophrenia, dissociative identity disorder dan juga penderaan oleh narcissist. Isu-isu yang sebelum ini dianggap tabu kini diangkat dengan bahasa yang mudah, lembut dan menyentuh.

Menariknya, Dr. Athrash tidak hanya membicarakan penyakit semata-mata. Beliau juga mengupas isu kehidupan harian— tekanan kerja, masalah perhubungan, konflik keluarga, dan bagaimana semuanya boleh mempengaruhi kesihatan mental kita tanpa kita sedar.

“Tidak semua yang datang itu ada penyakit. Ada yang hanya perlukan seseorang untuk dengar. Kadang-kadang itu sahaja sudah cukup untuk reda keresahan dalam hati.”

– – Dr. Faridhil Athrash
Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Live Di TikTok: Rawatan Awal Bermula Dengan Rasa Difahami

Ramai yang menyangka rawatan kesihatan mental mesti bermula di hospital. Tapi realitinya, ia boleh bermula dari sebuah sesi live di TikTok. Dr. Athrash menjadikan siaran langsungnya sebagai ruang untuk sesiapa pun — dari pelajar sekolah hingga CEO — untuk bertanya, berkongsi dan mendapat respon secara langsung.

“Kita tak boleh paksa orang pergi klinik bila hati mereka belum terbuka. Tapi bila mereka tahu ada orang sudi dengar, itu langkah pertama.”

– Dr. Faridhil Athrash

Live TikTok beliau sering penuh dengan soalan jujur, tangisan ikhlas dan tawa kecil sebagai penawar. Ia adalah bentuk komuniti maya yang sihat, sesuatu yang sangat kurang dalam dunia digital hari ini.

Pusat Psikologi & Latihan ATMA – Wadah Buat Jiwa Yang Dihidupkan Kembali

Pusat Psikologi dan Latihan ATMA yang terletak di Bandar Baru Bangi, bukan sekadar pusat rawatan. Ia adalah taman jiwa. Nama ATMA yang berasal dari Bahasa Melayu klasik bermaksud ‘roh’ atau ‘jiwa’, menjadi refleksi kepada apa yang cuba dicapai di sini — menghidupkan semula semangat yang pernah luntur.

Di sini, pesakit bukan hanya jumpa doktor. Mereka boleh bertemu dengan kaunselor, ahli psikologi, dan pakar psikoterapi. Namun lebih dari itu, mereka bertemu rasa dihargai dan diterima. Pendekatan yang digunakan menekankan Empathy First, Health Always — bukan sekadar slogan, tapi falsafah hidup yang meresap dalam setiap sesi.

“Ramai yang takut untuk tampil, kerana mereka risau dihakimi. Tapi bila datang ke ATMA, mereka tahu mereka akan dilayan sebagai manusia, bukan sebagai pesakit.”

– Dr. Faridhil Athrash
Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Latar Belakang Yang Kukuh, Hati Yang Tulus

Dr. Athrash bukan calang-calang. Beliau merupakan graduan Universitas Padjadjaran, Bandung melalui program biasiswa GPA. Selepas itu, beliau berkhidmat di Sabah dan Pulau Pinang, mengendalikan ratusan kes berkaitan kesihatan mental selama lebih 7 tahun.

Beliau juga pernah menjadi doktor utama untuk kes-kes mental di klinik kesihatan Bayan Lepas dan Air Putih. Pengalaman langsung ini membentuk dirinya bukan sahaja sebagai doktor, tetapi juga sebagai pendengar profesional yang memahami pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai Isu, Satu Matlamat – Menyembuhkan Jiwa

Pusat Psikologi & Latihan ATMA menerima pelbagai jenis kes, dari:

  • Kemurungan (depression) hingga ke bipolar disorder
  • Keresahan melampau (anxiety) hingga ke schizophrenia
  • Penderaan emosi seperti narcissistic abuse
  • Masalah perkahwinan dan hubungan kekeluargaan
  • Kes trauma akibat kehilangan, keganasan dan penderaan
  • Remaja bermasalah dan ketagihan media sosial

“Semua ini boleh dirawat. Tapi syaratnya, anda sendiri kena mahu bantu diri. Kami sedia sokong.”

Statistik Yang Perlu Diberi Perhatian Serius

Sejak 2019 hingga 2023, statistik kes kemurungan di Malaysia melonjak kepada 1 juta rakyat, iaitu sekitar 4.6% penduduk. Lebih menakutkan, hampir setengah juta rakyat pernah memikirkan untuk membunuh diri.

“Sebab tu kita kena mula normalize rawatan kesihatan mental. Ia bukan untuk orang gila. Ia untuk orang yang nak sembuh.”

Bagaimana Nak Dapatkan Bantuan di Pusat Psikologi & Latihan ATMA?

Ada dua cara:

  1. Sesi bersemuka di Bandar Baru Bangi (RM250 sejam)
  2. Sesi atas talian (RM150 sejam)

Untuk mereka yang mempunyai kekangan kewangan, bayaran ansuran dibenarkan, dan saringan kesihatan mental secara percuma turut ditawarkan.

“Ada ibu tunggal yang kata tak mampu bayar terus. Saya benarkan ansuran. Sebab saya tahu, kalau kita tolak hari ni, dia mungkin hilang harapan terus.”

Nak Ikut Dr. Athrash? Ini Platformnya

  • TikTok: Dr. Athrash Mental Health (@dr.athrash)
  • Instagram: @atrash262

Malah, untuk warga emas atau mereka yang sukar guna teknologi, anda boleh call terus untuk bantuan.

Dr. Athrash Buka Pusat Psikologi & Latihan ATMA, Dedah Realiti Kesihatan Mental

Apa Kata Budiey?

Dalam dunia yang semakin keliru antara ‘real’ dan ‘content’, Dr. Athrash berdiri teguh sebagai suara waras yang menyantuni jiwa. Apa yang dilakukan oleh beliau dan ATMA bukan sahaja membantu individu, tetapi menyelamatkan masyarakat dari semakin hanyut dalam stigma dan mitos palsu.

Budiey menyarankan agar lebih ramai profesional kesihatan tampil seperti Dr. Athrash — jujur, terbuka, dan penuh empati. Dan untuk anda yang sedang membaca ini, kalau terasa kosong, tercari-cari jalan… mungkin inilah masa untuk anda bercakap dengan seseorang.

Sebab seperti kata Dr. Athrash: “Kita semua saling bersandar. Jangan sombong. Tak ada siapa mampu hadapi semua sendiri.”

Untuk anda yang mahu berjumpa Dr. Atrash untuk sesi rundingcara atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi beliau di 012-433 7480.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show ‘Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!’ Bakal Gegar Kuala Lumpur