in

Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?

Rancangan Analisis TV Hijrah menjadi tular minggu lepas apabila stesen televisyen berkonsepkan Islam ini berani membawakan dua orang panel dengan latar belakang dan fahaman berbeza iaitu iaitu Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin dan Dr. Nurul Huda Mohammed Zabidi untuk berdiskusi tentang isu Vaksin: Perlindungan Atau Kemudaratan?

Laudya Cynthia Bella

Suasana panas dapat dirasakan sejurus perbincangan bermula di Studio Digital TV Hijrah. Ini ditambah lagi apabila netizen yang menontonnya menerusi platform live facebookmemberikan pelbagai komen membidas kenyataan kedua-dua panel. Tidak kurang juga kecaman yang dilemparkan terhadap TV Hijrah dan juga pengacara rancangan Shafinaz Yunus yang dituduh berat sebelah dan tidak bersikap neutral sepanjang rancangan berlangsung.

LOGO ANALISIS

Atas permintaan penonton, rancangan Analisis yang akan bersiaran jumaat ini, 22 Februari 2019 dari jam 10 malam hingga 11 malam akan membawakan satu lagi topik yang seringkali menjadi perdebatan masyarakat Malaysia hari ini iaitu Doula : Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?

Dua orang tokoh terkenal di padang masing-masing akan dibawakan ke studio sebagai panel bagi menemani Syafinaz Yunus sepanjang satu jam perbincangan. Mereka adalah Prof. Dr. Imelda Balchin, seorang Pakar Obstetrik Dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Puan Hayati Muzaffar, seorang pendidik kelahiran dan Doula.

Analisis adalah sebuah rancangan bual bicara kritikal di Slot 10 malam yang sering membawakan pelbagai tokoh-tokoh hebat negara bagi membicarakan topik-topik analitis secara berterus terang bagi memberikan pemahaman maksimum kepada penonton. Antara tokoh-tokoh yang penah hadir di rancangan ini adalah seperti Datuk Seri Akhbar Satar, Tan Sri Musa Hassan, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Datuk Zainal Abidin Borhan dan ramai lagi.

Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan rancangan Analisis, jumaat ini jam 10 malam di TV Hijrah. Pastinya banyak fakta-fakta menarik yang akan dikongsikan bersama penonton lantas dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan.

DOULA
Hos Analisis
Analisis 22 Feb 2019
Finaz Yunus

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Octavia Manrose

Penginapan Ceria Di Hotel Yello Harmoni Jakarta

Blackpink

BLACKPINK All Set for IN YOUR AREA Kuala Lumpur Presented by KIA!