in ,

Kisah Motivasi Diri Dalam Filem Dolphine Tale

Mengisi slot Saturday Matinee di TV2 yang menghiburkan anda pada 26 Disember ini, pukul 2.00 petang nyata bukanlah kisah dongeng atau khayalan semata. Tetapi filem bertajuk “Dolphine Tale” membawakan kisah tentang sebuah motivasi. Ianya berkisah tentang bagaimana kita melihat sesuatu dari sisi berbeza dan seterusnya bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Untitled

Kisah Motivasi Diri Dalam Filem “Dolphine Tale” di TV2

Suntikan motivasi dalam filem popular tahun 2011 ini dibawakan pada watak ikan lumba-lumba yang mungkin dianggap sebilangan besar daripada kita tidak membawa apa-apa maksud. Namun disebalik kecerdasan haiwan ini, diselitkan plot kisah kasih sayang dan jangan berputus asa bedepan masalah.

Kongsikan kisah Winter, seekor ikan lumba-lumba yang ditemukan dalam keadaan ekornya yang luka parah dan terpaksa dipotong. Timbul situasi tanpa ekor bagaimana Winter mahu menjalani kehidupan seharian seperti berenang. Begitupun dia tidak pernah menyerah dan berputus asa.

Dengan bimbingan dan kasih sayang Sawyer, kanak-kanak yang pertama kali menolongnya di pantai, Winter akhirnya kembali menjalani kehidupan seperti biasa, berselera makan, minum, hingga akhirnya dapat berenang semula.

Tanpa diduga musibah berlaku bila badai hurricane datang menerpa hospital tempat pemeliharaannya. Dapat dibayangkan kerosakan yang terjadi begitu teruk hingga membuatkan pemilik hospital ini, Dr. Clay memutuskan untuk menjual hospitalnya. Apatahlagi sebelum ini dari hari ke hari, menunjukkan kerugian yang terpaksa ditanggung semakin besar.

Namun rasa sayang kepada Winter memberi inspirasi lain. Sawyer berkeras agar Dr. Clay tetap berusaha mencari penyumbang dana membangunkan semula pusat pemeliharaan itu. Meskipun ditolak akhirnya usahanya mendapat sokongan banyak pihak. Ia termasuklah sokongan daripada orang ramai yang mempunyai kecacatan fizikal sepertinya menyokong gerakan ini. Secara tidak langsung mereka terkesan dan turut merasai pengalaman sama.

Saat paling mengharukan pastinya bila Winter menunjukkan semangatnya dengan menunjukkan ekornya yang tak mungkin berfungsi dan kembali seperti sediakala. Ditunjukkan ekornya pada mereka yang cacat. Ia sekaligus menunjukkan bahawa meskipun kita tidak seperti orang lain dan mengalami kecacatan tertentu, kita tidak boleh menyerah.

Filem ini menampilkan pelakon Nathan Gamble, Harry Connick, Jr., Ashley Judd, Kris Kristofferson, Cozi Zuehlsdorff dan Morgan Freeman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena Bumi Bergegar

Warnai Sambutan Hari Natal 2015 di TV2