in , ,

Dolla Sebak! Penantian Dua Tahun Berbaloi, Mini Showcase Leraikan Rindu Peminat

Kumpulan DOLLA gagal menahan rasa sebak ketika menjayakan showcase sulung mereka, Dolla Mini Showcase yang diadakan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performance Art Centre (PJPAC) di sini, malam Sabtu lalu.

Selepas dua tahu ditubuhkan, Tabby, Angel, Syasya dan Sabronzo ubat kerinduan peminat menerusi showcase sulung yang dijayakan bersama rakan radio rasmi, Hot FM.

Sejurus selepas melantunkan lagu terakhir mereka, DOLLA dianggotai Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel masing-masing menitiskan air mata di hadapan 150 orang penonton sebagai tanda terharu atas sokongan yang diberikan.

Mengulas perkara itu, Syasya mengakui mereka sedikit emosi pada malam itu kerana momen itu adalah paling dinantikan peminat setia mereka, iDolla selepas penubuhan kumpulan itu dua tahun lalu.

Dolla

“DOLLA muncul ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu. Justwru bila melihat iDolla di depan mata, perasaan kami tersentuh kerana inilah momen yang paling kami nantikan.

“Mereka adalah kunci kejayaan kami selama ini. Kalau ikutkan kami tak mahu menangis kerana jurusolek awal-awal lagi sudah bepesan kerana tak mahu mekap kami rosak.

“Tapi nak buat macam mana, perasaan kami sangat sensitif terutama membabitkan peminat. Kehadiran keluarga juga membuatkan kami sangat terharu kerana mereka juga adaklah orang kuat sebalik kejayaan kami serta sering memberi motivasi supaya kami tidak mudah putus asa,”

– Syasya

Meskipun durasi persembahan memakan masa sejam dan hanya menyampaikan lima buah lagu namun DOLLA tetap bersungguh dalam membuat persiapan.

“Kami sudah mengadakan latihan sejak sebulan lalu. Untuk tarian sahaja kami berlatih selama enam jam manakala latihan vokal mengambil masa dua hingga tiga jam sehari,”

– Sabronzo

Menyifatkan showcase itu sebagai ujian pertama buat mereka, kumpulan yang baru muncul dengan single BAD ini turut mengakui sudah bersedia untuk membuat persembahan pada skala yang lebih besar.

“Bila dapat tahu ada ramai peminat yang tidak dapat untuk bersama-sama kami malam ini kerana lokasi yang agak kecil, dari situ timbul keinginan untuk mengadakan persembahan di lokasi yang lebih besar.

“Kami harap hasrat itu dapat ditunaikan secepat mungkin,”

– Tabby
Dolla

Lima buah lagu yang mereka nyanyikan adalah Berani, Watch Me Glow, Dolla Make You Wanna, BAD serta Cold Blooded yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Jessi.

Tampil mengenakan baju hitam dengan potongan ranggi, DOLLA mempamerkan persembahan penuh bertenaga menerusi koreografi yang memukau.

Sebagai acara selingan, bakat baharu, Juki turut diundang untuk menghiburkan penonton menerusi single pertamanya, Pacu yang bakal dilancarkan pada 11 Mac depan.

Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa kecewa apabila tiket untuk menyaksikan showcase itu laris dijual dalam tempoh lima minit selepas dilancarkan pada 30 Januari lalu. 

DOLLA sebelum ini pernah meraih perhatian di peringkat antarabangsa apabila terpilih sebagai artis wanita berkumpulan pertama negara yang ditampilkan di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat (AS). 

Pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 November lalu, ayam tambatan Universal Music Malaysia ini berjaya merangkul trofi Artis Baharu Wanita Popular.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurraysa | 21

Jangan Salah Tafsir Konsep Produk Mesra Wuduk, Jenama Nurraysa Ini Ada Asas Konkrit

Dolla Red | 22

Mini Album Dolla Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam