in , ,

Dolla Menyanyi di Majlis Iftar, Riak Wajah Anak-Anak Tahfiz Jadi Perhatian

Baru-baru ini, tular video dilaman Twitter memaparkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil membuat persembahan menyanyikan lagu raya di sebuah majlis berbuka puasa.

Apa yang menjadi perhatian, pengguna Twitter itu berkongsikan video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz yang berada di meja hadapan.

Dapat dilihat, pelajar tahfiz itu dilihat berpaling daripada melihat pentas utama seperti kurang selesa melihat persembahan tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat persembahan tersebut kurang sesuai apatah lagi dengan kehadiran anak-anak tahfiz meskipun kumpulan penyanyi itu tampil berpakaian sopan.

Di ruangan komen pula, ramai yang berpendapat bahawa kehadiran anak-anak tahfiz itu sepatutnya lebih baik diraikan dengan lagu-lagu ketuhanan. 

Ada juga netizen yang faham situasi yang dilalui pelajar-pelajar tahfiz itu apabila semua dari mereka mengalihkan pandangan daripada persembahan tersebut.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pihak penganjur seolah kurang sensitif. Malah, ada netizen mengatakan mereka ‘faham’ apabila anak-anak tahfiz itu memalingkan pandangan ke tempat lain.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat persembahan kumpulan Dolla itu tidak keterlaluan dan pakaian yang ditampilkan juga sopan.

Apa pandangan korang? Bulan-bulan puasa ni panggillah kumpulan nasyid betul tak? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selesai Berlakon Filem, Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Hamil Tahun Ini

Ramai Tidak Perasan Syatilla Melvin Rupanya Sudah Ada Tiga Orang Anak