in , ,

DOLLA Cabar Diri Sertai HOW YOU LIKE THAT Dance Cover Contest

Sejak melancarkan single debut mereka ‘Dolla Make You Wanna’ pada Mac lalu, kumpulan wanita baharu DOLLA berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian mereka.

Malah video rasmi ‘Dolla Make You Wanna’ yang dimuatnaik di laman YouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Mac lalu, sudah mencapai lebih 1 juta tontonan. Suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan dan boleh dibanggakan untuk bakat baharu seperti mereka. Malah video rasmi ‘Dolla Make You Wanna’ turut menjadi tumpuan YouTuber dari dalam dan luar negara. Ada yang mula membuat video ‘dance cover’  mengikut gerak tari DOLLA dalam video muzik tersebut, malah ada juga yang membuat video ulasan dengan makluman positif berkenaan bakat tarian DOLLA yang dipuji sebagai mempesonakan.

Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink

Demi mencabar diri dan menonjolkan lagi bakat mereka, DOLLA mengumumkan melalui Instagram rasmi mereka @dolla.official bahawa mereka menyertai pertandingan “How You Like That” Dance Cover Contest yang dianjurkan oleh kumpulan wanita terkenal antarabangsa, BLACKPINK.

Pertandingan yang dijangka akan disertai oleh peminat kumpulan K-Pop tersebut dari serata dunia ini, menawarkan hadiah utama sejumlah KRW 10 juta bersamaan dengan RM 35,000.00.

Pertandingan ini hanya memerlukan peserta merakam video tarian mereka mengikut koreografi penuh seperti yang dipaparkan dalam video muzik terbaharu BLACKPINK, ‘How You Like That’. 

Pertandingan ini akan berlangsung daripada 6 hingga 20 Julai 2020 dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai 2020.

Mengulas tentang penyertaan mereka ini, Sabronzo bagi pihak DOLLA berkata,

Kami berharap video penyertaan kami menari mengikut koreografi lagu terbaharu BLACKPINK ini, berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara.

Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai  orang pun sudah memadai.

Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan mereka,”

– Sabronzo

Video penyertaan DOLLA boleh ditonton di saluran YouTube DOLLA di link  https://www.youtube.com/watch?v=L9bl9ynxsyM.

Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink
Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink
Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink
Dolla Kuasai Gerak Tari Blackpink

MENGENAI DOLLA

DOLLA merupakan sebuah Kumpulan gadis baru yang akan datang dari Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini terdiri daripada empat gadis dikenali sebagai Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel. i bawah naungan Bakat menyanyi dan menari mereka berjaya mencuri perhatian, dan mereka menandatangani label tersebut pada September 2019. Single pertama DOLLA, ‘Make You Wanna’ diterbitkan oleh Bryan B, penerbit terkenal berasal daripada Australia. Lagu berentak rancak yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris itu ditulis bersama Bryan B, Zamaera, Shou Raion, dan Luca Sickta. Berbekalkan penampilan yang menarik serta bakat besar dalam tarian dan nyanyian, DOLLA berharap kemunculan mereka berjaya menjana gelombang yang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video ANGKARA Nyanyian Siti Nordiana Kini Trending

Trophy Knives Re-Release We Can’t Be Saved Featuring Chris #2 Of Anti-Flag