in , ,

Dokumentari Warna Jelajah Dunia Dalam A WORLD OF COLOURS

Warna? Apa ada dengan warna? Namun dengan warna mampu membawa seseorang itu menjelajah ke sebuah negara tertentu berdasarkan sesuatu warna.

Setiap episod akan berfokus kepada landskap, monumen, dan aspek budaya seperti pakaian, hiasan, dan bahan binaan dalam sesuatu warna tersebut. Di samping itu, pakar, ahli sejarah dan penduduk tempatan memberi penjelasan tentang kegunaan sesuatu warna tertentu ataupun warna semula jadi yang terdapat di sesuatu tempat.

Menerusi 12 episod program dokumentari Inggeris, “A World Of Colours” mulai 17 Februari 2020, setiap Isnin dan Selasa, pukul 1.30 petang di TV1 mengunjungi tiga negara termasuklah Colombia, Australia dan China yang memberi fokus tempat, budaya dan alam semula jadi negara tersebut.

docu A World of Colours

Penjelajahan di negara Colombia berfokus kepada tempat, budaya dan alam semula jadi berwarna biru yang terdapat di beberapa tempat di negara tersebut seperti Santa Cruz Del Isolate (sebuah pulau kecil) di mana mereka menyelam ke dalam lautan biru untuk menangkap ikan. Di Silvia yang penduduknya terdiri dari golongan Guambiano mengekalkan identiti Guambiano, memakai pakaian tradisi warna biru. Di Bogota (street art), Zipaquira (lombong garam), Cartagena (Mumar Museum atau “Underwater”, pelancong perlu menyelam ke dalam lautan biru untuk melihat patung-patung ini dan San Andres Archipelago (lautan berwarna biru).

Masih di negara sama tetapi mengutamakan warna hijau mengunjungi Sierra Nevada (hutan hijau ini popular dengan penduduk orang asli yang digelar Kogi), La Borcia (kawasan paya bakau), Bogota (bandaraya batu zamrud atau “emerald”), Salento (ladang kopi), Cocora Valley (pokok “palm” yang paling tinggi di dunia) dan City of Leticia (Amazonian Rainforest).

Dengan memberi fokus warna merah lokasi dikongsikan Cano Cristales (flora berwarna merah di dalam sungai membuatkan sungai kelihatan merah), Tatacoa (batu-bata di kawasan gurun warna merah), Raquira (“pottery” warna merah), Medellin (popular hidangan “red beans”), Los Flamencos Sanctuary (kawasan popular burung Flamingo), dan Cali (lokasi pertandingan antarabangsa tarian “salsa”).

Sementara itu dalam warna kuning menarik dikongsikan tempat Guajira Peninsula (kawasan gurun berwarna kuning), Cartagena (bangunan bersejarah dicat kuning), Madellin (lokasi pesta bunga), Villeta (popular manisan kuning “panella”) dan Bogota (Muzium emas atau “Museum Of Gold”).

Australia bukanlah negara asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Namun program ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada anda yang berminat melawati negara Uncle Sam ini. Bermula dengan lokasi yang mengutamakan warna biru. Lokasi popular Gold Coast menjanjikan keindahan lautan biru, popular sukan air “surfing”, Sydney (porcelain berwarna biru dan kolam renang yang mengandungi air laut), Phillip Island (burung penguin warna biru), Coober Pedy (batu permata), Cairns (coral biru), Hobart (lautan biru dan popular dengan abalone yang dihasilkan dari laut).

Mengangkat warna hijau memberi fokus kepada Styx Valley (lembah di Tasmania ini popular dengan pokok “eucalyptus”), Sydney (bangunan konsep “vertical garden”), Mount Dandenong (perhutanan beraneka jenis spesies pokok), Brisbane (kawasan perlindungan koala) dan Adelaide (taman “botanical”).

Dalam tarikan warna merah, penonton berpeluang mengetahui tempat menarik seperti Uluru (batu besar unik warna merah), Cooper Pedy (gurun dan kanggaru merah), Cairns (hutan “rainforest”), Hobart (kawasan penanaman buah anggur merah) dan Bay of Fires (kawasan terdapat batu-bata berwarna merah khususnya di tepi pantai).

Ikuti banyak lagi warna warni menonjolkan keunikan lokasi dikunjungi dalam program ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ratu Rock Ella Nafi Dirinya Berbadan Dua

SINAR Till Jannah Tawar Pakej Bulan Madu Bernilai RM4,000!