in ,

Dokumentari RANTAU EKSOTIKA

Aktiviti memerhati burung di Kuala Kubu Bharu, memasuki gua mengkaji jejak sejarah di Kuala Tahan, menangkap kerbau liar di Kota Tinggi danmemandikan gajah di Kuala Gandah antara pengalaman mengujakan yang bakal dikongsikan dalam dokumentari bertajuk RANTAU EKSOTIKA.

Menerusi 13 episod siarannya yang disiarkan mulai 4 Jun ini, setiap Isnin, pukul 10.05 pagi di TV1, saksikan huraian kepelbagaian aktiviti-aktiviti setempat yang tersendiri dan menarik sehingga lokasi-lokasi ini menjadikan tarikan pelancongan.

Pada masa sama terokai keindahan tempat-tempat yang wajib dilawati di negara kita dan mengkaji tentang tentang keunikan identiti dan keistimewaan sesuatu lokasi yang membentuk satu amalan hidup dan budaya serta interaksi di antara manusia dengan persekitaran. 

salah satu aktiviti dilakukan pelancong menerusi program ini
Salah satu aktiviti dilakukan pelancong menerusi program ini.

Perkongsian Aktiviti Mengujakan Dalam Dokumentari RANTAU EKSOTIKA DI TV1  

Dalam episod pengenalannya Hutan Tropika di Kuala Tahan, ia berkongsi kisah yang tersembunyi dengan kepelbagaian flora dan fauna turut dipaparkan. Kuala Tahan merupakan sebuah perkampungan dan ‘pelabuhan kecil’ yang terletak di Kuala Sungai Tahan dan Sungai Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia.

Kegiatan ekonomi penduduk di sini ialah pertanian, pelancongan dan memancing. Seorang juru pemandu pelancong yang bernama, Encik Md. Syukri Jali, bersama-sama dengan seorang ahli geologi, Cik. Fauziah Hanis, memasuki Gua Lukisan untuk mengkaji jejak sejarah pada zaman purba seperti, batu kapur, batu kristal dan lukisan-lukisan yang ditinggalkan atas batu-batan.

Seterusnya kunjungan ke Kampung Lukut yang berlokasi di Bandar Kota Tinggi, Johor. Ia merupakan suatu tempat yang berudara nyaman dan segar. Terdapat banyak ladang kelapa sawit yang ditanam secara komersial. Haiwan ternakan yang popular di sini ialah kerbau liar.

Kerbau liar digunakan untuk membuat kerja keras di sawah pada satu ketika dahulu tetapi kerja membajak sawah telah diganti oleh mesin pada masa kini. Antara aktiviti-aktiviti pada waktu malam adalah menangkap kerbau liar dan menikmati cahaya kelip-kelip yang dihasilkan oleh kunang-kunang.

Budaya dan aktiviti-aktiviti di bandar Gopeng, Perak turut diperkenalkan. Muzium Gopeng dan ‘Gopeng Heritage House’ mendedahkan penonton secara mendalam terhadap budaya dan sejarah di bandar Gopeng, Perak supaya penonton lebih memahami kewujudan sejarah bandar ini.

Gua Kandu, merupakan sebuah gua batu kapur dan juga sebuah tempat penyembunyian bagi elemen komunis dan askar-askar Jepun semasa peperangan dicetuskan pada zaman silam. Kini, Gua Kandu telah menjadi satu tapak pelancongan. Antara aktiviti-aktiviti di sini adalah mendaki bukit, mengayuh sampan dan ‘Flying Fox’ berjarak pendek dalam Gua Kandu.

Kunjungan ke Kuala Pilah, sebuah bandar yang terletak di Negeri Sembilan dimana kebanyakan kaum orang Melayu adalah berasal daripada orang Minangkabau. Oleh itu, terdapat banyak seni bina bangunan di sini mempunyai ciri-ciri khas orang Minangkabau terutamanya seni bina bumbung. Industri yang menghasilkan gula gerau dan buah penyuluh secara komersial turut dipaparkan.

Buah penyuluh biasanya digunakan untuk penyediaan ais kacang manakala gula gerau akan digunakan dalam masakan kuih-muih dan bubur manis. Adat-resam dan budaya orang Melayu yang amat tersendiri perlu dijaga untuk kesinambungan kepada generasi yang seterusnya.

Pastinya mengujakan episod di Kuala Kubu Bharu ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor yang terkenal dengan pelbagai jenis spesies burung yang singgah dan menggembara di sini mengikut musim tertentu. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau, ladang, hutan, lembah, sungai dan bunga-bungaan yang menjadi sumber makanan bagi burung di sini. Antara tapak-tapak pelancongan yang terletak di sekitar kawasan ini ialah Bukit Fraser dan Sungai Chilly.

Dalam episod berikutnya, bandar Kundasang yang terletak di Kota Kinabalu diperkenalkan kepada penonton. Udara yang segar dan nyaman, suhu yang sejuk dan pemandangan yang cantik amat sesuai bagi pelancong berehat di sini. Terdapat padang teh organik diusahakan secara komersial di sini.

Cara-cara pemprosesan teh dalam kilang turut dipaparkan. Taman Nasional Kinabalu dan Gunung Kota Kinabalu menjadi tempat kegemaran bagi pendaki gunung. Demi sampai ke puncak Gunung Kota Kinabalu, pendaki gunung perlu membuat persediaan mental dan fizikal yang sesuai. Aktiviti ‘Fish Spa’ juga disyorkan di mana ikan-ikan akan menyedut dan membersihkan kekotoran dan kulit yang mati di kaki manusia. Penduduk-penduduk asli menggunakan alat muzik yang diperbuat daripada buluh untuk menyampaikan persembahan yang mempersonakan pelancong.

Seterusnya penonton di bawa ke Taiping yang merupakan sebuah pusat bandar lama di negeri Perak. Bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnyadi sekitar Sungai Larut. Selain itu, penghasilan kayu balak dan pembakaran kayu arang juga diusahakan di Kuala Sepetang, Taiping. Zoo Taiping & ‘Night Safari’ juga diperkenalkan dalam episod ini. Terdapat banyak paparan yang menunjukkan cara-cara pakar-pakar ular menjinakkan ular dan membuat persembahan dengan menggunakan ular berbisa. Antara aksi yang ditunjukkan dalam persembahan itu ialah mereka akan menciumkan ular, mengelilingi badan dengan ular berbisa dan lain-lain lagi.

Saksikan juga episod memaparkan Pasir Masyang terletak di bahagian barat negeri Kelantan, terkenal dengan wayang kulit, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ialah tempat perlindungan gajah yang terletak di Temerloh, negeri Pahang, Kota Belud yang terletak di pantai barat, Sabah, Jerantut, sebuah pekan yang terletak di Pahang, Malaysia dan diakhiri dengan memaparkan Pulau Bidong, sebuah pulau kecil di Terengganu untuk mengkaji secara mendalam mengenai Sains Marin di kawasan ini.

Beliau menjelaskan bahawa kesihatan ekosistem digangu adalah disebabkan oleh perubahan habitat, isu pencemaran, eksplorasi yang melampau dan perubahan cuaca.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firefly Airlines For Your Raya It’s All About Giving

Shamsul Ghau Ghau Hos KEMBARA RASA JAKET BIRU