in ,

Dokumentari KHAZANAH BORNEO di TV1

Bertemakan penjelajahan dan pengajian tentang peninggalan sejarah di Sabah dan Sarawak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentari terbaharu bertajuk KHAZANAH BORNEO mulai 3 Januari ini, setiap Khamis, pukul 4.30 petang di TV1.

Menariknya program ini tentang pengajian peninggalan sejarah di Sabah dan Sarawak yang melibatkan banyak kesan-kesan sejarah dari alam semula jadi dan juga dari peninggalan jajahan kolonialis serta prasejarah. Turut dikongsikan latar belakang kajian arkeologi, nilai-nilai sejarah, aktiviti konservasi dan usaha-usaha untuk menjadikan lokasi-lokasi ini sebagai tarikan pelancongan.

BABAK DALAM kHAZANAH bORNEO

Arkeologi, Sejarah dan Budaya Masyarakat Sabah Dan Sarawak Dalam Dokumentari KHAZANAH BORNEO di TV1

13 episod memaparkan perkongsian tentang Kota Kinabalu, Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Lembah Mansuli, Lahad Datu, Tingkayu, Kunak, Gua Madai Bukit Tengkorak, Semporna, Kuching, Santubong, Gua Batu Sireh, Serian, Gua Niah dan ‘The Grand Old Lady’, Miri.

Ikuti kembara hos Munarwar Azmi dalam episod pertama di Muzium Sabah di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Misi utama muzium ini ditubuhkan ialah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, senisejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri. Hos melawat rumah tradisional pelbagai jenis kaum, seperti Kampung Warisan, Rumah Panjang Rungus, Rumah Lotud dan Rumah Bajau. Batu Sumpah Keningauadalah satu monumen penting yang terletak di Muzium Warisan Keningau, Sabah. 

Kunjungan ke Gua Gomantong, sebuah gua batu kapur yang terletak di Sandakan, Sabah menemui 27 buah gua-gua kecil batu kapur yang juga mempunyai jutaan ekor burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung di gua ini. Oleh itu, ia menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung sekitarnya. Antara tempat –tempat arkeologi yang dipaparkan dalam episod ini, seperti ‘Agop Batu Tulug Caves’, ‘Muzium Warisan Sandakan’ dan Musium Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna.

Menjelajah ke Lembah Mansuli yang berlokasi di Lahad Datu, Sabah, hos berkongsi cerita lembah yang tertua daripada segi prasejarahnya di Borneo, meningkatkan kefahaman budaya masyarakat Paleolitik di Sabah dan Asia Tenggara dari segi perubahan teknologi alat batu dan hubungan dengan persekitaran terutamanya turun naik paras laut semasa Zaman Pleistosen juga ke Gua Tepadong mengkaji pelbagai jenis kayu balak yang terdapat di sini.

Sabah yang terletak di utara pulau Borneo, merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah juga merupakan pulau ketiga terbesar di dunia dan hutan simpanan di Sabah dikategorikan sebagai hutan hujan tropika dan merupakan tuan rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna. Ia termasuklah Taman Negara Kinabalu yang telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000.

Menggembara ke Madai, Kunak, destinasi pelancongan yang menarik di daerah Kunak dan mempunyai tapak-tapak seperti Gua Madai, Gua Baturong, Air Terjun Madai, Hutan Simpan Madai-Baturong. Antara tempat menarik yang lain ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Gua Madai mempunyai nilai sejarah purba kerana dikatakan penempatan awal manusia pernah wujud di kawasan ini.

Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza. Aktiviti mengutip sarang burung diadakan secara beramai-ramai menjadikan seakan-akan sebuah pesta.

Hos menuju ke Semporna yang merupakan sebuah daerah dan pekan yang besar di Sabah, Malaysia. Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti ‘Hujung Hutan’ dalam Bahasa Bajau . Semporna juga mempunyai banyak pulau dan terbesar ialah Pulau Bum-Bum. Hos bersama dengan Professor Madya melawat Galeri Warisan Bukit Tengkorak di Semporna. 

Perkongsian menarik pastinya tentang bandar Kuching, Sarawak mengunjungi Cultural Village’ terkenal kepada budaya dan gaya hidup, kostum tradisional serta aktiviti tradisional bagi setiap kumpulan etnik utama di Sarawak.

Rumah panjang Bidayuh, Iban dan Orang Ulu, sebuah penempatan hutan Penan, sebuah rumah tinggi Melanau, sebuah rumah bandar kaum Melayu dengan gelanggang berputar atas, rumah ladang kaum Cina dan pagoda kaum Cina yang dikendalikan oleh anggota kumpulan etnik masing-masing turut dipaparkan. Selain itu, Muzium Sejarah Cina di Kuching turut dikongsikan paparannya.

Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Selain itu, Wisma Bapa Malaysia yang juga dikenali sebagai Bangunan Tunku Abdul Rahman adalah bangunan sekretariat negeri Sarawak yang menempatkan pelbagai jenis jabatan kerajaan, termasuk pejabat ketua menteri. Antara pejabat kerajaan yang dipaparkan ialah Bangunan Mahkamah Negeri, Wisma Sumber Alam dan sebagainya.

Diteruskan ke Gunung Santubong merupakan pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak. Penemuan pelbagai jenis artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

Pada kali ini, hos menjelajahi ke Bandar Daerah Serian yang terkenal dengan pengeluaran durian di Sarawak. Hos dan Profesor Madya turut bertolak ke Gua Sireh iaitu salah satu tapak arkeologi yang penting di South Western Sarawak. Diikuti mengenai Taman Negara Niah terkenal di dunia kerana insan yang tertua di Asia Tenggara telah dijumpai di Gua Besar bersejarah 40,000 tahun. Gua Niah dianggarkan tiga kali besar daripada padang bola sepak. 

Dalam episod berikutnya, Gua Kain Hitam dan Muzium Gua Niah yang terletak dalam Taman Negara Niah telah dipaparkan. Ada juga perkongsian maklumat mengenai bandar Miri, Sarawak yang merupakan satu sumber pengeluaran petroleum yang terkenal. Hos turut melawat ke ‘The Grand Old Lady’ dan Muzium Petroleum Miri untuk mengkaji sejarah dan asal-usul perlombongan petroleum di kawasan ini. ‘The Grand Old Lady Miri’ yang berlokasi di hadapan Muzium Petroleum, merupakan telaga minyak yang pertama di Malaysia. Selain itu, ‘The Grand Old Lady Miri’ juga merupakan tugu terkenal yang telah menghasilkan petroleum selama 62 tahun iaitu dari tahun 1910 hingga tahun 1972.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Korea LUCK KEY

Festival Light & Motion Putrajaya 2018