in

Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

WRITE UP DOKUMENTARI KHAS
‘MENGENALI PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA’

Khalayak hanya mengenalinya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ketika mengumumkan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Tetapi tidak ramai yang mengetahui apakah peranan jawatan yang telah disandang YM Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim bin Engku Ngah sejak Januari 1989.

Dokumentari ini cuba membawa penonton secara dekat kepada peranan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada institusi Raja Raja di Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga memperkenalkan peralatan yang dipanggil Mohor Besar Raja-Raja yang mungkin tidak diketahui ramai akan kewujudannya.

Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan akan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.

Dokumentari ini akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The 69th Golden Globe Awards

American Pickers New Series