in , ,

DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Buat Kali Kedua

Pengurus besar juga penyampai radio Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin telah merangkul Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai buat kali kedua anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest yang berlangsung pada malam selasa (14 Jun) lalu.

Bagi penyampai radio yang popular menerusi segmen Suria Cinta, beliau berasa teruja dengan anugerah yang diterima dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan tersebut. 

Menurut DJ Lin, anugerah yang diterima ini adalah atas doa keluarga dan sokongan serta hasil undian daripada rakyat Malaysia yang sentiasa bersamanya sepanjang 23 tahun bertapak dalam industri radio Malaysia. 

Dj Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Buat Kali Kedua

“Anugerah dan pencapaian ini bukan sahaja untuk diri saya, bahkan mewakili seluruh keluarga Suria FM dan ianya juga membuktikan jenama DJ LIN dan SURIA CINTA terus bertapak kukuh di hati pencinta dunia radio.Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak penganjur, Majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan rakan media serta para peminat yang sentiasa di sisi sepanjang perjalanan karier seni saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio” 

Ujarnya, tanpa sokongan daripada semua pihak, beliau tidak akan berada di tahap ini justeru, anugerah yang dirangkul akan menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus berusaha memberikan yang terbaik buat semua pendengar setia Suria FM sekaligus mengangkat nama dan prestasi jenama Suria di tahap yang lebih membanggakan.  

Dj Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Buat Kali Kedua

Ini merupakan pengiktirafan kedua bagi DJ Lin sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ selepas kejayaan dicapai pada Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-23 pada tahun lalu. Menariknya lagi, anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi tahun ini merupakan anugerah ke-11 buat DJ Lin. Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-24 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. 

DJ Lin yang baru sahaja kehilangan Ibunda tercinta pada Jumaat lalu (24 Jun) turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan salam takziah kepadanya juga buat semua yang memanjatkan Doa buat Roh Allahyarhamah Ibunya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Bt Jantan. ‘Sama sama terus doakan agar Roh arwah Ibu saya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan tenang di alam sana dan dikelilingi bidadari Syurga’.

Dj Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia Buat Kali Kedua

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi Suria Malaysia dan saluran youtube SuriaTV. 

Ikuti media sosial @djlinsuriacinta dan @suriamalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin dan Suria FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feros Sayna Rocketfuel | 18

Rocketfuel Entertainment Kini Mendarat Di Planet V! Ini Projek Terkini!

Mawi | 19

Mawi Beri Penjelasan Mat Kilau Belum Untung Walaupun Kutip RM12Juta