in , ,

DJ Lin Akhirnya Bersuara & Mohon Maaf Isu Penamatan DJ Tyzo di Suria FM

Kontrak penyampai radio suria FM, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain telahpun ditamatkan semalam.

Gais, rasanya ramai dah tahu semalam kontrak Tyzo kat Suria FM dah abis. Budiey tengok dia macam tak happy gila dengan keputusan tu. Yelah siapa yang tak sedih sebab dah takde kerja. Tapi Budiey percaya, banyak lagi rezeki kat luar sana. 

Kemudian, memanaskah lagi keadaan, Tyzo ada buat post kat social media ucap terima kasih kat DJ Lin sebab ‘menganiaya’ dia.

DJ Lin, manager besar Suria FM, kena cari sebab dia tak clearkan apa jadi antara diorang. Buat masa sekarang ni, DJ Lin cakap dia kena tutup mulut dulu. Mungkin nak tunggu keadaan reda dulu. Baru boleh buat sidang media.

Ramai wartawan dah hubungi DJ Lin tapi dia tak nak cakap apa-apa. Dia bagi alasan kena tutup mulut sebab arahan pengurusan tertinggi. 

Wah, mystery gila ni!

Minta maaf, saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan.InsyaAllah, Jumaat depan. Kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.

– DJ Lin

Nampaknya kita perlu menunggu 6 hari lagi untuk segala penjelasan dan sepanjang tempoh itu pasti keadaan juga akan kekal panas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

N Three Beauty Susun Strategi Mahu Setanding dengan Jenama Luar 

TRAVEL

Cha Eun-woo di Pembukaan Rasmi Kedai Skechers di The Exchange TRX