in ,

Ditangkap di Genting, Alvin Muncul Dalam Satu Video Jelaskan Siapa Dia Sebenarnya

Beberapa minggu lalu, kecoh tentang penahanan semula saspek kes Macau Scam yang meloloskan diri dengan memanjat pagar bangunan SPRM telah menarik perhatian umum. Bagaimanapun terbaru tular video di media sosial berhubung penafian ssspek.

Saspek yang melarikan diri dari Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Goh Leong Yeong, 32, atau dikenali sebagai Alvin menafikan pembabitannya dalam kegiatan Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Ditangkap di Genting, Alvin Muncul Dalam Satu Video Jelaskan Siapa Dia Sebenarnya, Kenapa Dia Lari Panjat Pagar SPRM

Video penafiannya berdurasi empat minit dan 40 saat dipercayai turut dimuat naik dalam Facebook oleh kenalan Alvin sejurus selepas ahli perniagaan itu diberkas PoIis Diraja Malaysia (PDRM).

Ditangkap di Genting, Alvin Muncul Dalam Satu Video Jelaskan Siapa Dia Sebenarnya

Dalam video itu, Alvin mengakui tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri serta mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Mcau Scam atau perjuudian atas talian.

Dia turut mendkwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.

Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.

“Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap poIis di bawah Akta Pencegahan Jnayah 1959.

“Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang,”

– Alvin

Dalam pada itu, Alvin mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.

“Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.

“Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tuduhan’ dilemparkan,”

– Alvin

Terdahulu Alvin yang berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar bangunan PDRM telah ditahan poIis, pada 1.20 pagi tadi, selepas lebih 2 minggu lolos sebaik dibebaskan SPRM pada 11 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, saspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

“Saspek kini dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

“Saspek dikehendaki poIis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian,”

Ditangkap di Genting, Alvin Muncul Dalam Satu Video Jelaskan Siapa Dia Sebenarnya

Bersembunyi di Genting Highland

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan poIis yang memburu saspek.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota poIis dalam proses diserahkan kepada pihak poIis untuk siasatan berhubung kegiatan juudi dalam talian dan penipuan Mcau Scam.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua.

Itu pepatah sesuai diberikan kepada seorang saspek utama yang terbabit dengan kes Mcau Scam dan peniipuan yang melarikan diri sejak 15 hari lalu akhirnya berjaya di tahan.

Goh Leong Yeong aka Alvin yang terbabit dengan kegiatan Macau Scam, juudi dalam talian dan pengubahan wang hram ditahan poIis, pada 1.20 pagi tadi, selepas lebih 2 minggu lolos sebaik dibebaskan SPRM pada 11 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, saspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

“Saspek kini dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

“Saspek dikehendaki poIis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian,”

Ditahan di Genting Highland

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan poIis yang memburu saspek.

Pada 11 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan saspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota poIis dalam proses diserahkan kepada pihak poIis untuk siasatan berhubung kegiatan juudi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota poIis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjuudian atas talian di Cheras.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga saspek berusia 34 hingga 39 tahun dikeluarkan Majistret S.Mageswary kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan hram termasuk perjuudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal memulakan perniagaan.

Ini susulan tangkapan lima individu termasuk Datuk dan lelaki bergelar Datuk Seri palsu pada 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas seorang selebriti terkenal dipanggil untuk dirakam percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki mendedahkan, pihaknya menahan 20 individu termasuk lapan pegawai poIis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

SPRM juga membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti juudi dalam talian tempatan

Suspek Lari Dapat Bantuan

Sebelum ini media melaporkan yang suspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

“Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,”

Sumber: Utusan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Satu Lapisan Sahaja Tidak Cukup, Wanita Berpurdah Wajib Pakai Pelitup Muka

Menarik! Microsoft Mencipta Peti Sejuk Binaan Seperti Xbox Series X Sebenar