in , ,

Apa Yang Ada dalam Trailer DISNEY’S MULAN

Dalam sebuah trailer perdana filem live-action Disney’s MULAN di Youtube, kelibat seorang gadis berjiwa kental bergelar Mulan tampil bertarung dengan gerak koreografi dan filem ini dikatakan mempertaruhkan visual sinematografi yang cukup mempersonakan.

Disney’s Mulan merupakan sebuah lagi filem animasi klasik yang disasar Disney untuk dijadikan filem live-action. Adaptasi ini sangat ditunggu oleh peminat. Tak hairan kejayaan animasi ini pernah menjadi box-office satu ketika dulu. Animasi yang cukup sukses sekitar tahun 1998 ini menjadi salah satu yang paling menarik untuk diadaptasi, terutama sebab latar belakang budaya Asianya yang agak unik. Nah, sekarang kita sudah dapat melihat bagaimana Disney menjelmakan watak Mulan di layar, sebab teaser trailernya baru saja dilancarkan di Youtube.

Di sebalik jiwa kewanitaan yang sukakan kecantikan, Mulan dilihat menjadi princess Disney yang cukup energetik dengan mempelajari ilmu pertahankan diri. Selain menerima hakikat dan takdir bakal menjadi sebagai seorang isteri, Mulan memilih untuk berjuang di medan perang untuk mempertahankan kehormatan keluarganya.

Disney's Mulan

Saat itu, Dinasti Han mewajibkan seorang lelaki dari setiap keluarga untuk menjadi pejuang atau askar. Oleh kerana tidak mahu ayahnya dihantar untuk berperang, maka Mulan menyamar menjadi seorang lelaki. Ini satu pengorbanan yang dibuat oleh Mulan demi menjaga keluarganya.

Disney's Mulan

Dalam trailer ini, mungkin anda akan merasa canggung, ganjil atau awkward sebab melihat orang-orang Chinese (berpakaian Chinese dan berada di Cina!) bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi itulah namanya filem Hollywood, mestilah menggunakan bahasa Inggeris untuk nampak global dan dipasarkan untuk seluruh negara. Kasi standard la kan?

Di permulaan trailer, kita dapat lihat Mulan yang mendapat khabar dari ibunya bahawa dia akan berkahwin dengan seorang lelaki tidak lama lagi setelah ada yang ingin menjodohkannya dengan mencarikan suami untuknya.

“Aku akan membawa kehormatan kepada keluarga kita,”

– Mulan

Di samping menjadi seorang isteri yang baik, Mulan turut belajar ilmu mempertahankan diri untuk persiapan dalam peperangan.

Trailer kemudian memperlihatkan Mulan yang sudah berada di medan perang dengan aksi memanah, dan menghayun pedang.

Disney's Mulan

“Adalah tugasku untuk bertarung,”

– Mulan

Dalam adegan perang itu, kita dapat melihat Mulan masih berambut panjang, ternyata ia berbeza dengan versi animasi di mana Mulan memotong rambut untuk menjayakan penyamarannya untuk menjadi lelaki. 

Disney's Mulan

Satu benda lagi, teman Mulan bernama Mushu (yang dialih-suarakan oleh Eddie Murphy dalam animasi) juga tak kelihatan sama sekali. Walaupun berdurasi cukup singkat, trailer ini sempat mempamerkan koreografi dan sinematografi yang sangat menawan. 

Budiey suka bercakap tentang pemilihan watak Mulan yang dipegang oleh Yifei Liu. Satu nama yang tidak asing sebenarnya. Beliau pernah membawa watak gadis yang berjiwa kental dengan penuh gaya sekali dalam filem sebelum ini. Yifei Liu juga seorang penyanyi yang mencipta nama di Jepun dan China.

Disney's Mulan

Filem ini diarahkan oleh Niki Caro yang sebelumnya pernah menggarap filem Whale Rider, filem yang agak lebih kurang sama dengan tema filem Mulan. Dalam Mulan, membariskan pelakon lain yang tak kurang hebatnya iaitu Jet Li sebagai Kaisar, Donnie Yen sebagai guru Mulan, dan Gong Li sebagai musuh. 

Disney's Mulan

Memetik caption dalam Trailer di Youtube:

When the Emperor of China issues a decree that one man per family must serve in the Imperial Army to defend the country from Northern invaders, Hua Mulan, the eldest daughter of an honored warrior, steps in to take the place of her ailing father. Masquerading as a man, Hua Jun, she is tested every step of the way and must harness her inner-strength and embrace her true potential. It is an epic journey that will transform her into an honored warrior and earn her the respect of a grateful nation…and a proud father. “Mulan” features a celebrated international cast that includes: Yifei Liu as Mulan; Donnie Yen as Commander Tung; Jason Scott Lee as Böri Khan; Yoson An as Cheng Honghui; with Gong Li as Xianniang and Jet Li as the Emperor. The film is directed by Niki Caro from a screenplay by Rick Jaffa & Amanda Silver and Elizabeth Martin & Lauren Hynek based on the narrative poem “The Ballad of Mulan.”

Disney's Mulan
Disney's Mulan
Disney's Mulan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Bergabung Dalam Telemovie GENG

Fizo Omar & Mawar Karim Bercerai Talak Satu