in ,

Disney Umum Tarikh Baharu Untuk Filem MCU Phase 4

Industri filem Hollywood antara yang paling terkesan akibat COVID-19 di Amerika Syarikat.

CAPTAIN MARVEL

Disney semalam telah mengumumkan tarikh baharu untuk filem Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 4. Filem Black Widow yang sepatutnya ditayangkan hujung bulan April telah ditunda ke bulan November 2020. Begitu juga untuk filem lain MCU yang akan dianjak ke tarikh yang baharu. Ia berikutan ada filem yang sepatutnya menjalankan penggambaran perlu diberhentikan seketika dan mustahil untuk disiapkan pada masa yang telah dirancang. 

filem marvel

Black Widow akan ditetapkan pada tarikh 6 November 2020, The Eternals (12 Februari 2021), Shang Chi (7 Mei 2021), Doctor Strange and the Multiverse of Madness (5 November 2021) dan Thor: Love and Thunder (10 Februari 2022).

filem marvel

Filem yang tidak diumumkan sebelum ini telah dikenal pasti sebagai Captain Marvel 2 turut dianjak ke tarikh baharu iaitu 8 Julai 2022. Sama-sama kita sabar menanti kerana kami tahu, pasti ramai yang sudah rindu untuk menonton filem di pawagam.

What do you think?

64 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Save Our Shops (S.O.S)

Aliff Syukri Akhirnya Jawab Isu Perceraian