in ,

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaharu Animasi Berjudul WHAT IF…?

Bila dah baca sinopsis dan tengok trailer filem ni, alangkah rasa tak sabarnya untuk menontonnya!

Disney+ Hotstar melancarkan trailer dan poster terbaru untuk siri animasi dari Marvel Studios What If …?, yang mempamerkan siri yang menarik dan menayangkan semula peristiwa terkenal dari filem-filem di MCU.

Mencipta semula pelbagai kemungkinan yang tidak terhingga, What If …? menampilkan watak kegemaran peminat, termasuklah Peggy Carter, T’Challa, Doctor Strange, Killmonger, Thor dan banyak lagi.

Siri baru, yang diarahkan oleh Bryan Andrews dengan AC Bradley sebagai ketua penulis, menampilkan aksi terkenal MCU dan ‘twist’ yang mengejutkan. Siri animasi pertama Marvel Studios ini akan dilancarkan di Disney+ Hotstar pada hari Rabu, 11 Ogos.

WHAT IF...?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerajaan Beri Bayaran Tambahan RM1K Untuk Semua Yang Layak, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara