in ,

dimsum Meraikan Ulang Tahun Ketiga Dengan Showcase Muzik Thai Terbesar

dimsum, penyedia servis video-atas-permintaan dengan kandungan dari seluruh Asia menyambut ulang tahun ketiga menerusi dimsum THAI POP 2019, showcase muzik pop Thai terbesar di Malaysia. Acara ini akan diadakan esok, 10 November 2019 di IDEAL Convention Centre, Shah Alam.

“Kami menyambut ulang tahun ketiga dimsum dengan memperakui peningkatan populariti budaya pop Thailand di rantau ini,”

“Sejak dilancarkan, dimsum telah memaparkan pelbagai kandungan daripada Thailand. Sejak itu juga, kami menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap drama bersiri Thailand dalam kalangan penonton.”

– Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim
Ribbon cutting ceremony  (1)
Dari kiri: Billkin Putthipong, Pearwah Nichaphat, Captain Chonlathorn, Tor Thanapob, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Andreas Vogiatzakis, Menteri Dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Thailand Malaysia,, Rutch Soratana, Sunny Suwanmethanont, Ice Paris, Sky Wongravee, Jaylerr Kritssanapoom dan Thanaerng Kanyawee. 

Majlis sidang akhbar dirasmikan oleh Menteri Dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Thailand Malaysia, Rutch Saratana. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Andreas Vogiatzakis.

“Sebagai jenama yang masih baharu, dimsum telah mewujudkan gelombang serantau menerusi kandungan-kandungan dari Asia. Para penonton di rantau ini bersifat dinamik, dan keupayaan mereka untuk menonton selain menghargai kandungan dan hiburan pelbagai bahasa, budaya serta genre menjadikan pasaran ini begitu menarik dan penuh dengan pelbagai peluang,”

“Bagi Star Media Group, dimsum adalah titik mula kami ke ASEAN, dan kami berharap dapat menawarkan platform ini kepada lebih ramai penonton Asia tidak lama lagi,”

– Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Andreas Vogiatzakis

“Kami berbesar hati untuk menyokong dimsum Thai Pop 2019 dengan acara ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat setia budaya pop Thai di Malaysia. Kami di kedutaan besar Thailand benar-benar menghargai semangat anda dan kami akan terus menyokong aktiviti yang relevan termasuk membawa budaya pop thai terbaik kepada penonton Malaysia di masa depan,”

– Rutch Saratana
Cake Cutting ceremony (1)
dimsum menyambut ulang tahun ketiga dengan penampilan sembilan artis yang bakal membuat persembahan di IDCC Shah Alam esok.

Turut hadir, sembilan artis yang bakal membuat persembahan iaitu Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah) turut hadir memeriahkan acara.

Photo Ops with Partners_2 (1)

Turut diumumkan kandungan baharu yang bakal mengisi platform dimsum. Antaranya My Love From Another StarBrother of The YearBad GeniusOne YearProject S: The SeriesAngel Beside MeIn Time With You, danBLACKLIST dari Thailand; bersama Ming Dynasty dan The Legends of Monkey King dari China.

Selain itu, sebuah bazar yang menampilkan pelbagai jenis gerai termasuk gerai dimsum turut dianjurkan di Central iCity Shah Alam bermula 8 November sehingga 10 November. Antara gerai lain termasuklah Etika, A Bonne, Sunshine Delight, Boat Noodle, Blue Elephant, Cho Chang, Thai Dancer dan BookDoc. Bazar dibuka bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

dimsum THAI POP 2019 disokong oleh Kedutaan Thailand, Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hotel Rasmi: Hotel New World, Petaling Jaya, Lokasi Rasmi: IDCC Shah Alam, Pusat Beli-Belah Rasmi: Central i-City, Minuman Rasmi: Pepsi, Penerbangan Rasmi: Malaysia Airlines, NADAO Bangkok Co., Ltd, GMM GRAMMY Public Company Limited, Ani-One, JKN Global Media Public Company Limited, dan The Bangkok Television Co., Ltd. Rakan media rasmi: The Star, mStar, 988, Suria FM, Hot FM dan TikTok.

Tiket masih dijual di www.dimsum.asia/thaipop2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

fromleft_Sunny_Ice_Sky
Fromleft_Captain_Jayler_Ice_Tor

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Bertemakan Rock Tri-O Orkestra Filharmonik Malaysia Bersama Hattan, Hazama & Azlan Typewriter

NCIG (M) Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi Di Malaysia