in ,

Dijangkiti Influenza A, Neelofa Mohon Maaf Terpaksa Batal Temujanji

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa memohon maaf kepada semua pihak apabila terpaksa membatalkan semua temujanji yang telah diaturkan.

Menerusi satu kenyataannya di laman Facebook rasmi miliknya, ia terpaksa dilakukan setelah dia dijangkiti Influenza A sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

Neelofa

“Assalamualaikum… sebaik pulang daripada Arab Saudi saya telah dijangkiti Influenza A dan terpaksa dikuarintin selama seminggu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan sesiapa sahaja yang telah mengaturkan temujanji dengan saya pada minggu ini,” jelasnya.

Sebelum ini, pengacara MeleTOP itu mengerjakan ibadah haji buat kali yang kedua bersama dua adik lelaki dan ibunya pada awal bulan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Bapa Jadi Penanda Aras Mira Filzah Dalam Berfesyen

Fitbit Collaborates with Singapore’s Health Promotion Board