in , ,

Diego Maradona Mengadu Tidak Sihat Sebelum Meninggal Dunia

Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sempat memaklumkan bahawa “saya berasa tidak sihat” sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Lagenda bola sepak Argentina itu boleh dikatakan sebagai pemain terbaik bukan hanya pada zaman beliau malah untuk setiap generasi, meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di Buenos Aires

Bintang bola sepak itu kembali ke katil selepas bersarapan dan memberi tahu anak saudaranya Johnny Esposito bahawa dia berasa tidak sihat dan mahu berbaring.

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung di Usia 60 Tahun

Jururawat yang menjaga Maradona selepas dibenarkan keluar hospital kerana menjalani pembedahan otak menghubungi ambulans selepas lagenda bola sepak itu tidak memberi maklum balas.

Namun semuanya sudah terlewat apabila beliau disahkan meninggal dunia ketika bantuan tiba.

MARADONA

Kehidupan di saat terakhir bintang Napoli dan Barcelona itu disiarkan di media Argentina dan bedah siasat yang dijalankan mendapati dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dia dikatakan bangun pada sebelah pagi kelihatan pucat dan berkata dia merasa sejuk.

Dia kembali ke katil selepas mengambil sarapan pagi dan mengucapkan perkataan terakhir: ‘Me siento mal’ (saya berasa tidak sihat).

Ketua pendakwaan yang bertugas, John Broyad, memaklumkan bahawa “Diego Armando Maradona meninggal dunia sekitar waktu 12 tengah hari waktu tempatan.

“Polis forensik memulakan kerja sekitar jam 4 petang dan menunjukkan tiada sebarang tanda jenayah atau keganasan ditemui.

Maradona Insan Luar Biasa

Bintang bola sepak hari ini, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ‘tidak mungkin boleh bermimpi’ untuk dikagumi sama seperti Diego Maradona kata bekas rakan pasukan Argentina, Ossie Ardiles.

Negara itu mengumumkan tiga hari berkabung selepas Maradona meninggal dunia hari ini di usia 60 tahun kerana serangan jantung.

MARADONA

Kediaman rasmi Casa Rosada akan disediakan kepada keluarga mendiang Maradona bagi pengurusan upacara pengebumian negara.

“Menjadi Diego Maradona adalah sesuatu yang sangat cantik,” kata Ardiles.

“Tapi dari satu sisi yang lain, ia sama sekali tidak mudah. Sejak usia muda, dia selalu dikejar oleh media sepanjang masa. Dia tidak mempunyai kehidupan kanak-kanak yang biasa. Dia tidak pernah hidup sebagai seorang remaja yang normal.

“Setiap orang mahu bersama dengannya, setiap orang menginginkannya jadi ia sangat sukar.”

Maradona pernah bermain untuk kelab termasuk Barcelona dan Napoli, menjadi kapten Argentina ketika menang Piala Dunia 1986, menjaringkan gol yang cukup terkenal ‘tangan tuhan’ ketika menentang England di suku akhir.

MARADONA

Bekas pemain tengah Tottenham, Ardiles, yang bermain bersama Maradona di Piala Dunia 1982, mengatakan bahawa dia adalah “dewa” di Argentina, di Naples dan di seluruh dunia.

“Dia akan dikenang sebagai genius dalam bola sepak,” tambahnya.

“Anda dapat melihat jumlah peminat yang luar biasa yang dihasilkannya.

“Pemain seperti (Juventus dan penyerang Portugal) Ronaldo atau seperti (penyerang Barcelona dan Argentina) Messi tidak mampu untuk bermimpi untuk disanjung seperti ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AVA Sedia Membantu Anda Pada Bila-Bila Masa

Impian Afieq Shazwan Menari Tidak Berbaju dalam Video Muzik GERAK LU Tak Tercapai