in , ,

Didakwa Melemparkan Fitnah, Penceramah Bebas Abu Syafiq Nak Saman Ibu Yati!

Dah lama rasanya tak dengar pasal penceramah bebas Abu Syafiq, dan hari ini nampaknya nama beliau kembali disebut oleh warganet di sosial media. Abu Syafiq yang terkenal dengan kelantangan bersuara menggegarkan dunia alam maya dengan berita mahu menyaman Ibu Yati pulak! Bravo!

Penceramah bebas Abu Syafiq bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Ibu Yati yang didakwa telah melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG), Abu Syafiq memberitahu akan menghantar satu notis tuntutan ke atas wanita yang digelar ‘Ibu Yati’.

Penceramah Bebas Abu Syafiq Nak Saman Ibu Yati!

Insya Allah minggu depan melalui peguam saya akan hantar satu saman/notis tuntutan keatas seorang wanita bergelar Ibu Yati bekas wartawan kerana memfitnah saya. Doakan!

– Abu Syafiq

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lanjut kenyataan fitnah yang dibuat wanita tersebut kepada dirinya.

Penceramah Bebas Abu Syafiq Nak Saman Ibu Yati!

Terdahulu, wanita yang digelar Ibu Yati menggemparkan negara apabila dikatakan menyebarkan fahaman ajaran Islam Melayu.

Ibu Yati atau nama sebenar Wan Noor Hayati Wan Alias didakwa membawa ajaran ‘agama Melayu’ dengan lafaz syahadah yang pelik disamping amalan ritual yang melanggar syariat Islam.

Semalam, wanita tersebut disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kes penyebaran fahaman terbabit.

Sumber: Malaysiapost

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kebanyakan Saya Lihat Sangat Berlagak,” – Teguran Rita Rudaini Tujukan Untuk Pelakon Baru

Persiapan Nikah Sudah Selesai, Ayu Ting Ting Batal Nikah Dengan Adit Jayusman