in ,

Diana Danielle Tak Pernah Halang Farid Kamil Jumpa Anak

AKTRES Datin Diana Danielle menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya Datuk Farid Kamil Zahari hilang kawalan diri akibat tidak dibenarkan untuk bertemu dengan dua orang anak mereka.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama akhbar The New Straits Times hari ini, Diana,26, berkata: “Memandangkan saya perlu keluar bekerja, saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya di bawah jagaan ibu saya.”

“Rumah ibu saya hanya satu tingkat bawah unit apartment kami, di bangunan yang sama, Farid boleh saja pergi melawat anak-anak bila-bila masa dia mahu,” jelas Diana lagi.

Diana Danielle Farid

Diana turut memaklumkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan arahan buat Farid yang melarang aktor Tombiruo itu untuk melawat anak-anak mereka.

Semalam, Faris telah ditahan oleh pihak polis kerana menampar pipi seorang anggota polis dan menendang seorang lagi orang awam di kaunter balai polis trafik Kota Damansara.

Awal hari ini di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya, adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari mendakwa masalah keluarga telah menjadi punca kecelaruan mental abangnya itu.

“Farid ada memberitahu saya tiga hari lalu bahawa dia sudah beberapa hari tidak bertemu dengan anak-anaknya, Muhammad,5, dan Nur Aurora,2,” kata Fadzil lagi.

Fadzil turut mendedahkan bahawa dia telah cuba untuk menghubungi Diana, namun usahanya gagal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dongeng Puteri Busuk Dalam Filem ELIXIR OF LOVE

Pementasan MAK YONG TITIS SAKTI Karya William Shakespeare di KLpac