in , ,

Diana Danielle Tak Hadir Untuk Proses Sulh, Farid Kamil Buat Kejutan Lagi

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 11:42 pagi Selasa, bagi prosiding sulh hari ini.

Farid atau lengkapnya Farid Kamil Zahari, 41, tiba di mahkamah dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda lengkap bersongkok dengan ditemani oleh pembantunya.

Hari ini saya datang untuk sulh. Sekejap lagi selepas proses sulh saya akan buat pc (sidang media), itu lah kejutan yang saya akan buat. Perasaan saya sangat bersyukur dan gembira kerana akan berjumpa dengan anak-anak saya tidak lama lagi. Selamat hari raya.

Bagaimanapun, pelakon Diana Danielle dilaporkan tidak dapat menghadirkan diri bagi prosiding sulh hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL

Farid Kamil Beri Tawaran RM319,700 Untuk Selamatkan Rumah Tangga

Tomok Kongsi Kronologi Kejadian Anak Tertumpah Cat Kuku di Butik Levi’s