in , ,

“Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Khan Selamat Bernikah

Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan yang telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang tadi. Tahniah kerana kembali menjadi isteri.

Pasangan ini bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang tadi sambil disaksikan sekitar 20 orang tetamu.

Pasangan raja sehari ini kemudiannya diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota bermula jam 5 petang tadi dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.

Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah

“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

“Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.

“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,”

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.

“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah

Pelakon yang terkenal menerusi drama Mak Cun di TV3 itu mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.

“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.

“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,”

Terdahulu, Balkisyh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

*Sumber: Media Hiburan

Balkisyh Kembali Bergelar Isteri

Selepas hampir setahun tertunda akhirnya pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 34, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria, 34, petang ini.

Majlis akad nikah pelakon drama Mok Cun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim, hanya disaksikan 20 tetamu, jam 2.30 petang ini.

Pasangan mempelai kemudiannya diraikan di sebuah restoran di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 tetamu, jam 5 petang.

Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah

“Alhamdulillah, segala kesukaran untuk mencari bapa kandung, Semundur Khan Gulam Khan sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

“Pada mulanya, saya berdepan menjejaki bapa kandung untuk dijadikan wali. Namun, selepas masalah ini mendapat liputan media, segala-galanya dipermudahkan. Saya akhirnya bergelar isteri sekali lagi,”

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk dijadikan wali mendapat perhatian ramai.

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

“Saya pernah membuat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu, saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual, sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara, sejak empat tahun lalu.

“JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama, namun permohonan tetap ditolak.

Balkisyh berkata, dia mengenali suaminya yang juga seorang petugas barisan hadapan sejak tiga tahun lalu.

“Suami berstatus duda dan tiada cahaya mata. Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang boleh menerima pahit getir hidup saya. Lebih utama, suami dapat menerima dan serasi dengan dua cahaya mata saya.

“Dia sangat tabah dan sanggup melalui kegetiran hidup bersama saya. Kebaikan dan keperibadian dimilikinya juga membuatkan hati saya terbuka menerimanya menjadi teman sehidup semati,”

Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tajul Ariff Hampir Bertumbuk Dengan Komposer Lagu IZINKAN AKU Ketika Rakaman

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan