in ,

DFP Seni Festival 2024 Persembahkan Mek Mulung & Randai Mudo

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di tengah Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), dengan bangganya mempersembahkan DFP Seni Festival 2024, sebuah extravaganza muzik dan persembahan seni yang akan berlangsung sepanjang tiga bulan. Ini merupakan platform unik yang akan mempersembahkan bakat anak seni tempatan dan wadah budaya yang menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra terkenal.

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di tengah Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), dengan bangganya mempersembahkan DFP Seni Festival 2024, sebuah extravaganza muzik dan persembahan seni yang akan berlangsung sepanjang tiga bulan. Ini merupakan platform unik yang akan mempersembahkan bakat anak seni tempatan dan wadah budaya yang menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra terkenal. 

Ini merupakan kali keenam DFP mengadakan acara sebesar magnitud ini dengan matlamat untuk menjadi pentas legasi tradisional dan warisan Malaysia untuk dipersembahkan kepada dunia. Sebelum ini, DFP telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan budaya dan artis untuk memelihara, menyemai dan mempromosi kepelbagaian seni budaya.

Peminat seni akan dihiburkan dengan sebuah persembahan teater tradisional Mek Mulung pada Sabtu, 27 Julai 2024 jam 8.30 malam. Bertemakan DFP Muzikal: Mek Mulung Putera Cahaya Bulan, persembahan teater yang berusia 500 tahun ini adalah kolaborasi DFP dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa (gabungan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah atau ‘AKRAB’, dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus). 

Teater yang berasal dari Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ini menggabungkan elemen lakonan, nyanyian dan tarian. Ia telah diiktiraf UNESCO (United Nations Educational, Scientific & Cultural Organisation) sebagai sebahagian daripada ‘Intangible Cultural Heritage’. 

DFP Seni Festival 2024 Persembahkan Mek Mulung & Randai

Teater warisan ini akan menampilkan aktor Arja Lee selaku watak utama dan Shamsun Nadia Zulkifli sebagai Puteri Nang Mara. Teater ini akan diarahkan oleh Mohamad Yusuf Azizan manakala Rosnan Rahman bertindak sebagai Pengarah Artistik. Ia mengisahkan Putera Cahaya Bulan yang mendapat firasat permaisurinya bakal dilarikan Raja Gergasi untuk meluaskan kuasa pemerintahannya. Putera berusaha menggagalkan niat jahat itu dengan melalui pelbagai pahit getir dan tragedi untuk menyelamatkan permaisurinya. 

Festival bakal diteruskan dengan sebuah persembahan teater rakyat Minangkabau yang dinamakan Randai pada Sabtu, 10 Ogos 2024 jam 8.30 malam. Penonton akan dihiburkan dengan sebuah persembahan bertemakan DFP Muzikal: Randai Mudo Pak Belalang di mana seni silat, muzik, lawak jenaka dan tarian bergabung. Persembahan Randai ini bakal membawa semangat dan komitmen generasi akan datang dalam memelihara seni tradisi bangsa. 

Keistimewaan teater ini ialah ia akan diserikan dengan lagu-lagu rakyat diiringi alat-alat muzik tradisional seperti caklempong, rebana, salung dan gong. 

Teater tradisional dari Negeri Sembilan ini akan mempamerkan tarian bertenaga oleh kanak-kanak berbakat yang dilatih oleh Pewara Dance Theater, sebuah kumpulan alumni dan kakitangan ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan). Teater ini akan diarahkan Mohd Adika Zainal sementara Mohd Yusmar Afeendi Yusof bertindak sebagai koreografer. 

Sempena dengan pementasan dua teater ini, sertai bengkel Mek Mulung pada Sabtu, 28 Julai 2024 dan Randai pada Sabtu, 11 Ogos 2024 jam 9.00 pagi di bawah bimbingan jurulatih dan koreografer berpengalaman. Peminat seni teater akan dapat mempelajari aspek asas gerak teater dan bengkel akan diakhiri dengan persembahan dari para peserta. Bersama meraikan DFP Seni Festival 2024. Nikmati ‘Pakej Keluarga’ dengan potongan 15% apabila membeli minimum 4 tiket. 

DFP Seni Festival 2024 Persembahkan Mek Mulung & Randai

DFP, yang boleh memuatkan 920 penonton dalam satu masa, adalah salah satu dari 10 tempat menarik di Kuala Lumpur City Centre selain dari Menara Berkembar PETRONAS, Suria KLCC, Petrosains – The Discovery Centre, Aquaria K LCC, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Traders Hotel Kuala Lumpur, Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur Convention Centre dan KLCC Park. Ini adalah ‘THE PLACE’ di mana ruang diinspirasikan untuk masyarakat, semua di bawah payung yang sama, merangkumi kepelbagaian budaya, perniagaan dan riadah.

DFP Seni Festival 2024 Persembahkan Mek Mulung & Randai

Maklumat Persembahan 

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Harga Tiket 

Premium: RM159, A Reserve: RM129, B Reserve: RM99, C Reserve: RM69

Suite: RM199/RM249 seorang

Bengkel: RM50

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Email: [email protected]
Laman Web DFP: www.dfp.com.my

Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas

YouTube
: DFP Stage+, Spotify: DFP, TikTok: @dewanfilharmonikpetronas 

DFP Seni Festival 2024 Persembahkan Mek Mulung & Randai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bulan Bintang Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira