in , , ,

Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Rai 13 Telefilem Terbaik

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah berlangsung selama 4 tahun termasuk pada tahun ini. Dengan komponen yang sama seperti Pertandingan Sesi Kongsi, Pencarian Bakat Baharu, Pertandingan Drama Pendek, Bengkel DFKL dan Siri Jelajah DFKL, terdapat banyak karya baharu dan bakat baharu yang telah dilahirkan. Pada tahun ini, Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) kembali buat kali keempat dengan tema yang lebih dekat dengan kehidupan seharian kita iaitu ‘Cerita Kita’. DFKL merupakan satu platform bagi para peserta yang ingin mengasah bakat mereka sekaligus berpeluang menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri tanah air.

Majlis Tayangan Telefilem DFKL 2017 telah berlangsung di MM Cineplexes, [email protected] baru-baru ini adalah untuk memperkenalkan 13 telefilem-telefilem yang akan disiarkan bersempena dengan DFKL. Telefilem-telefilem ini merupakan hasil cetusan idea pemenang-pemenang pertandingan sesi kongsi dan juga pertandingan drama pendek tahun lalu. Antara 13 telefilem tersebut, ‘Trauma’; yang membariskan pelakon popular tanahair seperti Raja Afiq DFKL, Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan dan Dayana Roza telah dipertontonkan kepada pihak media dan para hadirin.

Untitled

Meraikan Kejayaan 13 Telefilem Terbaik Drama Festival Kuala Lumpur Di Tv3 & TV9

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9,

“Pada tahun ini, Pertandingan Sesi Kongsi menjadi fokus utama kami selain daripada Pencarian Bakat Baharu dan Pertandingan Drama Pendek. DFKL amat menggalakkan penyertaan dari orang ramai untuk berkongsikan kisah hidup mereka untuk dijadikan drama. Kami berharap kisah kehidupan sebenar yang realistik dapat dijadikan teladan kepada penonton. Antara objektif acara ini diadakan ialah untuk meraikan pemenang-pemenang DFKL tahun yang lalu yang rata-ratanya di kalangan pelajar. Malah, ada antara telefilem ini diarahkan oleh barisan panel speaker DFKL 2017 antaranya Azman Hj Yahya (Jinggo), Sheila Rusly, Khir Rahman dan Sabri Yunus. Pastinya mereka akan lebih bersemangat untuk menceburi bidang penulisan apabila melihat idea asal mereka berjaya diterbitkan menjadi drama. Terima kasih kepada para peserta dan diharapkan pengiktirafan 12 idea yang terpilih ini dapat memberi inspirasi kepada orang awam untuk menyertai pertandingan ini. Sekalung penghargaan juga kepada barisan speakers yang menyokong DFKL dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta.”

Pertandingan Sesi Kongsi dan Pertandingan Drama Pendek 2016 telah mengumpul sebanyak 12 idea yang terpilih seperti Trauma, Kung Fu Kaw, Si Kijang Merah, Sakit, Isteriku Cikguku, Takdir Yang Terhenti, Kerongsang, Awak Kat Mana?, Alamak!!!, Cik Misi, Tali Kasut dan Petanda.

Majlis semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon utama telemovie DFKL 2017 seperti Raja Afiq DFKL, Janna Nick, Khir Rahman, Ruhainies, Idris Khan, Sabhi Saddi, Syafie Naswip, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Syafiq Kyle, Izzy, Zamarul Hisham, Nur Alis Mariya, Aleza Shadan, Faizal Hussein, Gambit Saifullah, Diana Rafar, Elvina, Sabri Yunus, Saidi Sabri, Saharul Ridzwan dan Syamim.

Pemenang-pemenang Pencarian Bakat Baharu pada tahun lepas juga turut hadir seperti Syazuwan Hassan DFKL, Amirul Faqeem DFKL, Nafiz Muaz DFKL, Jaja Iliyes DFKL, Shuhanty DFKL dan Indah Emeerlda DFKL. Selain itu, syarikat penerbitan yang menerbitkan telefilem ini turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Bagi tahun ini, Pertandingan Sesi Kongsi DFKL 2017 telah pun bermula dan akan berakhir pada 15 Februari 2017. Para peserta juga boleh ke laman sesawang DFKL, www.dfkl.com.my untuk menyertai pertandingan dan sekiranya idea itu dipilih, idea itu akan dibentangkan kepada pihak juri pada Sesi Jelajah DFKL yang akan datang. Orang ramai juga boleh terus hadir ke lokasi-lokasi tersebut untuk menyertai pertandingan ini.

Siri Jelajah DFKL 2017 akan diadakan di tiga lokasi mulai Februari 2017 dan ini akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut program-program yang direncanakan dalam festival ini. Siri Jelajah DFKL 2017 akan berlangsung seperti yang tertera dalam jadual berikut :

TARIKH TEMPAT MASA
18 & 19 Februari 2017 Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang 10.00 pagi – 6.00 petang
3 & 4 Mac 2017 Angsana Johor Bahru Mall, Johor 10.00 pagi – 6.00 petang
11 & 12 Mac 2017 Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 10.00 pagi – 6.00 petang

Tidak lupa juga kepada panel-panel yang akan memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu serta pengalaman mereka kepada para peserta di dalam Bengkel DFKL 2017 yang akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 & 2 April 2017. Jangan ketinggalan untuk menimba ilmu daripada para karyawan yang berpengalaman di dalam industri seni ini. Mereka terdiri daripada Sheila Rusly, Fauziah Ahmad Daud, Khir Rahman, Azman Haji Yahya, Datin Sharifah Shawati, J.LO Zali dan ramai lagi. Mereka juga akan memberi inspirasi dan motivasi kepada para peserta untuk lebih mengenali tentang mereka selama berada di dalam industri seni. Bengkel-bengkel ini terdiri daripada lima kategori seperti lakonan, pengarahan, solekan khas, etika dan penampilan imej serta sosial media.

Selain itu, Pertandingan Drama Pendek juga diadakan dan orang ramai boleh menghantar penyertaan drama pendek hasil kreativiti mereka ke laman sesawang www.dfkl.com.my bermula 1 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017. Drama pendek berdurasi 3- 5 minit ini perlu mematuhi tema ‘Saya Anak Malaysia’ dan pemenang bertuah bakal memenangi wang tunai berjumlah RM18,000.

Ujibakat lakonan juga akan diadakan melalui Pencarian Bakat Baharu dan sesiapa yang ingin menggapai impian untuk menjadi anak seni boleh menyertai aktiviti ini di Siri Jelajah DFKL mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Seperti tahun lepas, pelakon-pelakon seperti Amirul Faqeem (Love You, Mr. Arang, Suamiku Paling Sweet, Mariam Alisa, Bagaikan Kelip-Kelip, Baju Berkancing Peniti), Syazuwan Hassan (Ketupat Palas Mr. Handsome dan Mr. Donat Karamel, Nafiz Muaz (Sweetie Nanie, Amsyar), Jaja Iliyes (Meh! Sandar Pada Aku, 7 Hari Mencintaiku) ,Shuhanty (Nahu Rindu) dan Indah Emeerlda (Sweetie Nanie, dan Jalan Balik Surau) telah berjaya dan menjadi pemenang DFKL 2016.

Selain itu, orang ramai boleh mula mengundi sembilan kategori yang akan dipertandingan bersempena DFKL ini. Kategori-kategori tersebut ialah Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Antagonis Pilihan, Drama Pilihan, Pasangan Pilihan dan Drama Pilihan Tonton VIP. Untuk melihat senarai-senarai yang tercalon dan mengundi secara online, bolehlah melayari laman web rasmi DFKL, www.dfkl.com.my. Undian mula dibuka pada 1 Februari 2017 sehingga 15 Mac 2017. Para pemenang akan diumumkan pada Malam Anugerah DFKL 2017 yang akan bersiaran langsung dari Putrajaya Convention Centre (PICC) pada 9 April 2017, jam 9.00 malam.

Ekspresi kreativiti anda menerusi pertandingan-pertandingan yang diadakan dalam Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Ikuti juga Siri Jelajah DFKL 2017 yang bermula pada 18 Februari ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.dfkl.com.my.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SLEEPLESS

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JOHN WICK 2