in ,

Destinasi Popular Yang Ingin Dikunjungi Rakyat Malaysia Carian Google Flight

Matahari sedang bersinar, suhu sedang meningkat – ini menandakan permulaan percutian musim panas!

Jika anda sedang mencari inspirasi untuk destinasi percutian anda yang seterusnya, anda hanya perlu mencarinya di Google Flights – alat yang boleh membantu anda meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari dan menempah penerbangan anda yang seterusnya.

10 Destinasi Teratas Untuk Rakyat Malaysia

Kami telah menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.

10 destinasi teratas di Carian Google Flight

1 Tokyo, Jepun

2 Bangkok, Thailand

3 London, United Kingdom

4 Taipei City, Taiwan

5 Denpasar, Indonesia

6 Kota Kinabalu, Malaysia

7 Langkawi, Malaysia

8 Seoul, Korea Selatan

9 Kuala Lumpur, Malaysia

10 Osaka, Jepun

Destinasi Popular Yang Ingin Dikunjungi Rakyat Malaysia

“Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik,” kata Nick Drew, Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia.

Masa terbaik untuk menempah penerbangan anda dari Malaysia

Satu soalan yang sering berada dalam minda semua orang – bilakah masa yang terbaik untuk menempah sebuah penerbangan? Dengan melihat data harga sejarah di Google Flights untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, kami mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.

“Tetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik. Dengan Google Flights, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong,” tambah Nick Drew.

Asia merupakan destinasi “panas”

Jika anda terfikir untuk pergi ke destinasi yang berbeza dari rakyat Malaysia yang lain, ini merupakan destinasi teratas yang dicari oleh pelancong Asia Pasifik: Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan. Populariti negara matahari terbit tidak dapat dinafikan, selepas ia muncul 22 kali dalam senarai sepuluh teratas negara yang kami kaji, dan menduduki tempat teratas dalam tujuh daripadanya!

Dengan Jepun, Thailand dan Korea Selatan menduduki lima tempat teratas, tidak hairanlah Asia Pasifik merupakan rantau teratas untuk para pelancong – 70% daripada destinasi yang ingin dilawati oleh mereka pada musim panas ini berada dalam rantau ini. Daripada jumlah ini, satu pertiga adalah ke Asia Tenggara, dengan Bangkok muncul sebagai bandar teratas, diikuti oleh Bali dan Singapura, satu tanda bahawa para pelancong menantikan pantai yang cerah, bandar yang meriah dan makanan yang menakjubkan.

Tempat-tempat popular untuk dikunjungi dalam Malaysia

Selain daripada perkunjungan pada musim panas, data kami juga mendapati perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 – lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia. Dan jika anda tertanya-tanya ke mana mereka hendak pergi, ia mungkin salah satu tempat berikut: Pantai Pengkalan Balak di Melaka, pantai tempatan yang popular untuk percutian pendek, Taman KLCC, tempat rekreasi popular untuk orang tempatan dan para pelancong, atau Muzium Negara untuk mempelajari sejarah dan budaya Malaysia – kesemuanya merupakan kunjungan yang ideal jika anda memikirkan untuk bercuti secara domestik.

Berikut merupakan senarai pantai, taman dan muzium popular berdasarkan pantai, taman dan muzium awam yang mempunyai permintaan arah dan interaksi terbanyak di Google Maps antara 20 Februari 2022 hingga 21 Mac 2023.

5 pantai awam popular teratas

  1. Pantai Pengkalan Balak Melaka
  2. D’Aur Beach Resort
  3. Pantai Tanjung Biru
  4. Pantai Batu Hitam Kuantan
  5. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi 

5 taman popular teratas

  1. Taman KLCC 
  2. Taman 99 Wonderland
  3. Taman Saujana Hijau Putrajaya 
  4. Anjung Floria
  5. Taman Rekreasi Gunung Lang

5 muzium popular teratas

  1. Muzium Negara
  2. Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
  3. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
  4. Muzium Budaya Borneo
  5. Muzium Wonderfood

Teruja untuk membuat rancangan percutian sekarang setelah mendapat inspirasi? Kami mempunyai beberapa petua bagus untuk mengurangkan kekeliruan semasa percutian anda supaya anda boleh memanfaatkannya dengan sepenuhnya.

Kami akan berada di sisi anda sepanjang perjalanan anda – anda hanya perlu menempah dan meneroka!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Otak Saya Berperang, Paksa Saya Berfikir Benda-Benda Kritikal -Janna Nick

Kerana Fasha Sandha, Jualan Produk Berryfull Laku Keras Cecah RM20 Juta