in ,

Destinasi Agropelancongan Menarik Dalam SINGGAH DI AGRO di TV1

Limpahan manfaat kepada penduduk setempat apabila saban tahun menerima peningkatan pengunjung ke destinasi pelancongan berasaskan pertanian, perikanan dan ternakan di negara ini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program berkonsepkan agropelancongan menjelajah ke seluruh lokasi agro pelancongan yang terdapat di Semenanjung Malaysia untuk menikmati percutian yang menyeronokkan di samping mendapat ilmu dan pengetahuan baru.

Banyak sebenarnya destinasi pelancongan agro boleh dikunjungi dan dilawati yang mempunyai keunikan tersendiri. Justeru RTM berbesar hati dapat berkongsi tayangan program “Singgah Di Agro”, setiap Ahad, pukul 11.30 pagi di TV1.

Dalam setiap episod akan menjelajah dan menikmati percutian yang lebih bermakna dan menyeronokkan dengan mengunjungi lokasi pilihan dalam negeri Johor. Ia bermula dengan kunjungan dan melakukan aktiviti menarik di UK Farm Agro Resort di Kluang, Zenxin Organic Park, Kluang, PPNJ Agro Park, Kota Tinggi, Desaru Ostrich Farm, Pengerang, , Sinar Eco Resort, Pontian, dan HS Farmstay, Kesang Laut, Muar. 

Agro

Tambah mengujakan perkongsian dengan penonton aktiviti dilakukan ketika berada di Agrofarmstay @ Skill Tech, Durian Tunggal, Melaka, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Agroteknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang dan keunikan dan juga pakej istimewa yang ditawarkan oleh Sahom Valley Agro & Eko Resort, Kampar, Perak.

Damai di padang ragut, seronok dibelai manja, aktiviti yang menjadi panorama indah kambing peliharaan yang ditawarkan oleh Encik Goh Un Keng (Pemilik & Pengarah Urusan UK Farm) di UK Farm Agro Best di Kluang Johor. Mini zoo yang sama juga turut memelihara landak, burung unta, ayam, itik juga tanaman hidropponik sayur-sayuran juga buah-buahan yang boleh didapatkan oleh pengunjung.

Agro

Seterusnya ikuti episod yang membawa penonton mengetahui dengan lebih lanjut ladang sayuran hidroponik bertaraf dunia di Zenxin Organic Park, Kluang. Sambil berseronok, pengunjung dapat menimba ilmu tentang penjagaan tanaman dan haiwan peliharaan. Namun sebenarnya banyak lagi perkongsian menarik dibawakan dalam program ini yang menemui penonton TV1. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wawa Zainal | 13

Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat

Yonnyboii 2021 Black | 14

Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah