in , ,

Dengan Sekali Lafaz, Zetty Hot FM Sah Jadi Isteri Ahmad Khairil Anuar

Tahniah! Selamat pengantin baru buat penyampai radio Hot FM Zetty yang telah selamat diijabkabulkan dengan pemain bola sepak pada 10 Disember 2020.

Tepat jam 10:30 pagi, Zetty atau Zetty Nabila dinikahkan ayah kandungnya Muhamad Ghazali bin Mohd Sali di Pejabat Agama Islam Sepang.

Memilih pemain bola sepak sebagai jejaka pilihan hatinya, Zetty sah bernikah dengan Ahmad Khairil Anuar atau mesra digelar Beto.

Dengan Sekali Lafaz, Zetty Hot FM Sah Jadi Isteri Ahmad Khairil Anuar

Menurut Zetty, beliau akan mengadakan majlis secara sederhana di kediaman keluarganya selepas akan nikah susulan kerajaan ketika ini sedangnmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang.

Zetty menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti yang telah dipersetujui kedua belah keluarga.

Tahniah sekali lagi buat Zetty, semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Announces 2020 Wrapped: Dato’ Sri Siti Nurhaliza is Malaysia’s Most-Streamed Local Artist

Pilihan Program & Filem Menarik Sepanjang Minggu di TV2