in , , ,

Dengan Sekali Lafaz, Raja Afiq Sah Bergelar Suami Soffwany Yusoff

Tahniah diucapkan kepada pelakon Raja Afiq sah bergelar suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31 dengan sekali lafaz pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, pelakon drama bersiri, Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq dan pilihan hatinya, Soffwany Yusoff, sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, di sini, pagi tadi. Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah, pada jam 9 pagi disaksikan 18 tetamu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM1,101 serta lima dulang yang dibalas tujuh dulang pengantin perempuan.

Dengan Sekali Lafaz, Raja Afiq Sah Bergelar Suami Soffwany Yusoff

Meluahkan rasa syukur urusan pernikahan dipermudahkan, Raja Afiq berkata dia tidak menyangka perkenalan singkat mereka membawa hingga je jinjang pelamin.

“Alhamdulillah, biarpun perkenalan kami singkat, jodoh kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak akhir tahun lalu dan mula rapat, awal tahun ini.

“Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur standard.

“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini,” katanya.

“Selepas mengikat pertunangan pada awal Mac lalu, kami merancang majlis pernikahan, Ogos lalu.

“Namun, banyak perkara tergendala selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akhirnya, majlis dianjak bulan ini.

“Semoga fasa baru hidup kami ini akan terus membahagiakan… Insya-Allah,”

– Raja Afiq
Dengan Sekali Lafaz, Raja Afiq Sah Bergelar Suami Soffwany Yusoff

Raja Afiq yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014.

Raja Afiq atau nama penuh, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, berkenalan dengan Soffwany, 31, yang juga anggota Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Instagram (IG).

“Dia wanita yang sangat memahami, lemah-lembut dan baik… Saya cukup senang dengannya,”

– Raja Afiq
Dengan Sekali Lafaz, Raja Afiq Sah Bergelar Suami Soffwany Yusoff

Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq memahami jadual kerjanya yang padat lantas membuatkan dirinya selesa dan jatuh hati.

“Afiq ‘sweet’ dan selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,”

– Raja Afiq

Pasangan pengantin baharu ini memilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu.

Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata dia dan isteri tidak merancang dan menerima rezeki zuriat bila-bila masa sahaja. Katanya lagi, dia dan isteri akan berbulan madu di Pulau Langkawi.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding Januari depan, di sini atau Ipoh, Perak.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman Hadiahkan Rumah Kondo Setengah Juta Untuk Ibu & Ayahnya

Bagaimana Kemahiran Berfikir Kritis Membantu Anda Dalam Kerja Anda?