in , ,

Dengan Sekali Lafaz, Pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar Jadi Isteri Anggota Polis

Pelakon Sheera Iskandar menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz. Alhamdulilah! Tahniah kami ucapkan.

Tahniah Budiey ucapkan buat pelakon yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid iaitu Sheera Iskandar yang telah pun menamatkan zaman janda apabila memilih anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani sebagai teman hidupnya pada majlis pernikahan yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur  jam 6.09 petang.

Pada majlis itu, Halim menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera Iskandar
Kredit Foto: mStar Online

Pasangan tersebut dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Shera nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis berkenaan diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 70 tetamu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berkongsi cerita mengenai detik pertemuan mereka, pelakon berusia 36 tahun itu mula mengenali suaminya ketika menjayakan penggambaraan drama bersiri Gerak Khas, dua tahun lalu.

Sheera mengakui tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

“Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai janda dan bertanya kisah silam saya,” katanya.

Sebelum ini, Sheera pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, namun bercerai tiga tahun selepas itu iaitu pada hujung 2018.

Meninjau ke laman Instagram, rakan artis seperti Abby Abadi dan Salina Saibi selain penerbit drama Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam serta isteri Datin Fatimah Ismail turut hadir bagi meraikan pasangan tersebut.

Sheera Iskandar
Sheera Iskandar
Sheera Iskandar
Sheera Iskandar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ushera Lancarkan Lagu Raya Berjudul KEMBALI Dengan Lenggok Tradisional Melayu

Lagu Raya Pertama dari DOLLA, RAYA RAYA RAYA Semakin Mendapat Sambutan