in , ,

Dengan Sekali Lafaz Mira Filzah Sah Jadi Isteri Wan Emir

Setelah sekian lama mendengar ura-ura bakal menamatkan zaman bujan sejak awal tahun ini, akhirnya pelakon popular iaitu Mira Filzah atau pun nama penuh, Nuramira Filzah Badioezaman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya iaitu Wan Emir Astar Wan Mohd Khairil Anuar sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.

Anggun menggayakan busana kurung Pahang, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam.

Mira Filzah Nikah

Majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.

Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Mira Filzah Nikah

Semasa akad nikah berlangsung, ayah pelakon wanita itu yang bertindak sebagai wali dan Wan Emir berjaya melafazkan ijab dan kabul dengan sekali percubaan sahaja.

Ketika majlis tersebut, Mira Filzah menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran yang dipersetujui oleh kedua pihak tidak disebut secara spesifik jumlahnya.

Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.

“Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.

“Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir,” kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu.

Mira menerusi Instagram beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.

Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.

Tahniah kepada pengantin baru ini! Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sampai ke jannah.

Sumber: BH Online
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah
Mira Filzah Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Ariffin | 23

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Nazrudin Habibur Rahman | 24

Hidap Penyakit Saraf Tunjang, Ini Cerita Naz Jalani Pembedahan Mengerikan