in ,

Denda Sehingga RM500k Jika Guna Booster, Repeater Selular Tidak Patuh Standard – SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah melaporkan terdapat peningkatan jumlah aduan gangguan isyarat akibat penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi standard.

Penggunaan peralatan sebegini boleh memberikan kesan besar terhadap kualiti perkhidmatan rangkaian selular dan nirwayar di dalam sesebuah kawasan. Atas sebab itu, tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini.

Booster atau repeater ini pada kebiasaannya digunakan untuk meningkatkan kekuatan isyarat mudah alih dari stesen pemancar berhampiran. Pengguna di luar bandar terpaksa menggunakan peralatan ini bagi membantu mengatasi masalah isyarat penerimaan yang lemah.

Denda Sehingga Rm500K Jika Guna Booster, Repeater Selular Tidak Patuh Standard – Skmm

Menurut SKMM, aduan berkenaan CBR telah meningkat sebanyak 73.3% pada 2020 dengan sejumlah 227 aduan, berbanding tahun sebelumnya iaitu 131 aduan. Penggunaan peralatan ini secara meluas tanpa kawalan telah menyebabkan gangguan kualiti rangkaian di kawasan sekitarnya.

Pemilikan peralatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan Garis Panduan Bagi Tujuan Membeli, Menggunakan dan Memiliki Booster atau Repeater Selular yang diterbitkan oleh SKMM, orang ramai tidak dibenarkan membeli sebarang Booster atau Repeater Selular dari pihak ketiga yang tidak sah. Hanya booster dan repeater yang telah disahkan oleh MCMC atau didaftarkan SIRIM melalui penyedia perkhidmatan telekomunikasi dibenarkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rina Harun | 17

YB Rina Harun Disahkan Positif COVID-19, Dimasukkan ke Wad Hospital Sungai Buloh

Tujuloca | 18

“Kami Kahwin Secara Sah,” Loca B Dedah Punca Merahsiakan Perkahwinan dengan Tuju