in , ,

Sembilan Bulan Menyimpan Rahsia, Akhirnya Deja Moss Dedah Nikah Lelaki Keturunan Amerika-Syria

Sembilan bulan menyimpan rahsia, akhirnya penyanyi Deja Moss mendedahkan bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani.

Selepas beberapa bulan bergelar isteri, penyanyi Deja Moss kini berkongsi dia sudah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Maher Khani sejak tahun lalu. Dalam perkongsiannya di Instagram, Deja turut berkongsi foto bersama suaminya dan beberapa anggota keluarga.

Penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, majlis pernikahan dengan lelaki berketurunan Amerika-Syria itu berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS), Jun tahun lalu.

“Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat-sahabat, rakan-rakan Instagram dan Facebook serta peminat-peminat saya.

Saya kini selamat bergelar isteri pada tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya, Maher Khani.

Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada anda semua,”

– Deja Moss

“Kami berkenalan menerusi seorang teman. Sepanjang perkenalan, kami hanya berhubung menerusi panggilan video. Saya menerima sebagai suami selepas melihat kesungguhannya untuk memperisterikan saya.

“Suami sanggup datang bertemu saya untuk memberikan cincin lamaran, Mac tahun lalu.

Dia datang dalam masa yang singkat, kemudiannya pulang ke AS, keesokan hari.

“Saya berkunjung ke Chicago untuk menemuinya, selepas Aidilfitri lalu.

Kami saling menyintai dan lebih matang dalam menjalinkan hubungan, jadi kami memutuskan untuk terus bernikah,”

– Deja Moss
deja moss

Deja berkata, Maher berusia 52 tahun adalah seorang duda anak tiga.

“Mengenai butiran pernikahan kami, biarlah ia menjadi milik saya dan keluarga.

Cukuplah saya maklumkan, saya sudah selamat menjadi isteri dan doakan pernikahan kami berkekalan sehingga ke Jannah.

Terima kasih semua. Salam kasih sayang. Much love. Stay home and be safe!” 

– Deja Moss

Mengulas mengapa merahsiakan perkahwinan kali keduanya, penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini itu berkata, dia segan untuk menghebahkannya kerana bimbang disalah anggap.

Sembilan Bulan Menyimpan Rahsia, Akhirnya Deja Moss Dedah Nikah Lelaki Keturunan Amerika-Syria

“Tiada niat mahu menyembunyikannya, cuma risau dilemparkan kata-kata yang kurang enak didengar.

Namun, jika terus dirahsiakan, saya bimbang orang luar menaruh syak wasangka apabila saya berjalan berdua dengannya.

“Sebelum menimbulkan fitnah, lebih saya mendedahkannya.

Perancangan asal saya mahu mengadakan resepsi, bulan depan, tetapi dengan wabak COVID-19, nampaknya terpaksa ditangguhkan,”

– Deja Moss
Sembilan Bulan Menyimpan Rahsia, Akhirnya Deja Moss Dedah Nikah Lelaki Keturunan Amerika-Syria

Memandangkan majlis pernikahannya di luar negara, Deja berkata, soal pendaftaran pernikahan diuruskan peguamnya.

Sebelum ini, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin, namun bercerai dengan talak satu pada Oktober 2018. Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.

Sumber: Berita Harian
Sembilan Bulan Menyimpan Rahsia, Akhirnya Deja Moss Dedah Nikah Lelaki Keturunan Amerika-Syria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Mesej Melalui Lagu 7Nasihat, Siti Nurhaliza Pesan Jangan Sebar Virus

COVID-19: RIUH Anjur Persembahan Artis Perform dari Rumah RIUH In Your Homes