in ,

Dayang Nurfaizah Meriahkan Festival Tasik Kenyir 2014

RTM Turun Padang Meriahkan Program Festival Tasik Kenyir Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Radio Televisyen Malaysia (RTM) bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menjayakan Festival Tasik Kenyir 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan diadakan mulai pada 29 April hingga 28 Mei 2014.

[pullquote]Pelbagai acara menarik bakal dianjurkan oleh RTM dan KETENGAH selain penglibatan ikon-ikon RTM dan Terengganu FM dalam menjayakan beberpa program seperti lintas langsung dari lokasi, siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam, persembahan DJ radio Terengganu FM di lokasi.[/pullquote]

Kemeriahan Festival Tasik Kenyir 2014 turut dimeriahkan dengan Konsert Aktif 7, gabungan 7 buah stesen radio ini di anjurkan oleh Radio Klasik dan diadakan pada 2 Mei 2014 (Jumaat) di Kuala Terengganu. Antara artis popular terlibat Jay Jay, Saleem, kumpulan Forteen, Dayang Nurfaizah, bekas juara pertandingan Radio Klasik serta ikon-ikon radio RTM.

Selain itu, RTM turut menganjurkan program Budaya Tiga Serumpun yang menghubungkan tiga buah stesen TV dan Radio dari negara Indonesia, Brunei dan Malaysia. Ia berlangsung pada 10 Mei hingga 12 Mei 2014 di Kuala Terengganu. Program tersebut salah satu pengisian bagi acara Festival Tasik Kenyir 2014. Ia diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara stesen Radio Rebublik Indonesia, Radio Televisyen Brunei dan Radio Televisyen Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan kerja serta rakaman drama radio dan pesta pantun.

Menurut YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, program ini diadakan setiap tahun dan sebagai menghargai memperkenalkan tempat – tempat menarik di Kuala Terengganu sebagai destinasi utama sempena Tahun Melawat Malaysia.

Forteen cover album KITA

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Raudhah Di Hatiku Edisi 2014 Anjuran TV9

Jemputan Ke Rakaman Muzikal Komedi Raya Ke Dik