in ,

Rembatan LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah Cipta Hatrik Vokal Terbaik AJL31

Budiey nak ucapkan jutaan tahniah buat Dayang Nurfaizah yang telah membawa lagu LELAKI TERAGUNG dengan begitu bagus semalam di Anugerah Juara Lagu 31. Standing ovation, semua bertepuk tangan kerana Dayang Nurfaizah sekali lagi membuktikan beliau mempunyai vokal yang cukup mantap. Antara penyanyi di Malaysia yang tak pernah gagal menunjukkan prestasi vokal yang penuh penghayatan, tepat serta dinamik.

Semalam, walaupun penat baru pulang dari Kuala Lipis untuk liputan menyeluruh acara MOH BALIK LEPIH, Budiey paksakan diri yang penat untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-31 yang brelangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Budiey kira ini adalah kali pertama Budiey buat FB Live di acara gemilang meraikan lagu-lagu terbaik di AJL. Korang boleh tonton video FB Live yang disiarkan di Facebook Budiey.com.

LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah

Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31. Ini mencatatkan rekod tersendiri untuk Dayang Nurfaizah yang berjaya melakukan hatriks iaitu tiga kali berturut-turut menang untuk vokal terbaik. Memang berbaloi usaha yang dibuat oleh Dayang selama ini.

Lagu yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ia kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori terbabit.

AJL31 yang dipancarkan secara langsung di TV3 juga menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band.

Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Dikendalikan empat hos iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), acara kemuncak berkenaan turut menampilkan Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan.

Ia juga ditayangkan serentak di pawagam GSC Dataran Pahlawan, Melaka, dengan menampilkan beberapa artis terkenal seperti Redza Rosli, Zamarul Hisham, Ruhainies, Mimi Lana, Puteri Aishah, Dazrin Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Idris Khan, Raja Afiq, Kamal Sumbu, Abam Bocey, Amir dan Syai Seekers serta kumpulan Forteen.

LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah

LELAKI TERAGUNG Dayang Nurfaizah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Awkwafina

Comedy Central Siar I LIVE WITH MODELS

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-31