in , ,

Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG, Flop Poppy ke Final Ikon Malaysia

Akhirnya, empat bakal IKON Malaysia telah pun dipilih untuk berentap di pentas final. Untuk kategori solo, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor diangkat oleh juri dan penonton sekaligus meninggalkan 6 artis lain iaitu Mawi, Farah, Reshmonu, Jinbara, Gerhana Ska Cinta dan kumpulan May. Manakala untuk kategori berkumpulan pula Kumpulan OAG dan Flop Poppy juga bertuah kerana berjaya ke peringkat akhir. Terkejut juga saya bagaimana Raja SMS, Mawi Kulai yang sedang heboh dikatakan lalok di Australia boleh kalah. Betulkah Mawi telah hilang sengat dengan suaranya yang katanya dah rabak ketika buat persembahan di pentas IKON lalu? Apa citer?

Tahniah kepada semua finalis. Memang Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG dan Flop Poppy layak kerana persembahan mereka yang hebat di mata 3 juri iaitu Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew. 70% markah datang dari mereka dan selebihnya dari undian SMS penonton. Adam, Daniel, Dina, Ezlynn, Shanon Shah, Amuk, Def Gab C, Disagree dan Mirwana yang tidak terpilih masih berpeluang merebut 2 tempat di final dengan pusingan wild card.

Ramalan saya: Walaupun saya meminati Dayang Nurfaizah, namun saya kira Jaclyn Victor akan menjuarai Ikon Malaysia. Jaclyn punya vokal yang hebat serta penampilannya boleh dikira satu ikon. Antara OAG dan Flop Poppy, manakah pilihan anda? Saya memilih OAG sebab OAG punya muzik rock alternatif yang unik walaupun vokalisnya, Radhi agak gila-gila sedikit. Lagi pun. band di bawah label Positive Tones ini pernah memenangi Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996. Muzik yang dibawa lebih catchy dan santai rasa saya tidak dapat menandingi vokal dan aura Jaclyn Victor yang sudah sinonim dengan suara tinggi yang nyaring. Flop Poppy? Band rock itu muziknya biasa-biasa sahaja.

Antara finalis ini, siapakah pilihan anda? Dengan 100 peratus undian wild card di tangan penonton, mungkinkah Mawi akan diserap kembali dalam liga sengit ini? Sudah pastinya, saya kira. Mawi kan ramai peminat. Saya tak nak bercakap banyak. Tunggu sahaja final Ikon Malaysia pada 28 Julai nanti.

[tags]Ikon Malaysia, muzik, anugerah, Mawi, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Farah, Reshmonu, Jinbara, Gerhana Ska Cinta, kumpulan May, OAG, Flop Poppy, Mawi lalok Australia, Positive Tones, Anugerah Industri Muzik, AIM, music, official fan club of hans isaac, photogallery, gambar, Adam, Daniel, Dina, Ezlynn, Shanon Shah, Amuk, Def Gab C, Disagree, Mirwana, penyanyi wanita, band, rock, alternatif, juri, contest, SMS, iphone, tunang Mawi, Mawi kahwin, Ina Naim kahwin, motorola, nokia, youtube ikon malaysia, video klip, download mp3, muat turun.blogspot, myspace, friendster, cafe, blogger, Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew, astro, ria[/tags]

Jaclyn Victor Phots

Gambar Jaclyn Victor di AIM 2006 bersama Ali Bakar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang

Album Kedua 6ixth Sense Lebih Mantap!